Pelajar yang cedera parah dibelasah Polis awal pagi tadi, Safwan Anang mendakwa polis memintanya mengaku bahawa kecederaan beliau adalah kerana terjatuh bukannya dibelasah polis.
Malaysiakini melaporkan bahawa Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) itu berkata dia diminta menandatangani satu dokumen selepas Jurugambar Polis mengambil gambarnya di hospital.
Inilah antara modus operandi pihak Polis bagi menutup kekejaman dan kebiadapan mereka membelasah rakyat.
Ketua Polis Perak, Shukri Dahalan sendiri menafikan bahawa Polis bertindak keras sedangkan klip video dan gambar-gambar yang dimuat turun dalam internet menjadi bukti kekerasan dan kekasaran melampau pihak Polis.
Video Di Bawah : Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) Safwan Anang mendakwa beliau ditumbuk dan ditendang ketika polis meleraikan perhimpunan mereka yang diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) awal pagi semalam.
No comments:
Post a Comment