Malam Tahun Baru 2012 adalah malam yang penuh makna bagi sesetangah manusia di muka bumi ini, bagi anak anak muda negara Malaysia, pelbagai program telah diisi pada tarikh tersebut, dari bersuka ria menonton konsert di i CiTY, mendengar ceramah, merempit, bbq, party, clubbing, Check In, pesta dadah, seks bebas, dan berbagai lagi.
Namun ada segelintir anak anak muda yang memilih untuk mengetepikan semua itu.
Sebelum sambutan tahun baru sekitar 40 mahasiswa yang berkumpul di depan UPSI diserang polis dan di angkut trak. Mahasiswa ini berdemo secara aman, kerana membantah tindakan UPSI Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan tindakan UPSI mengantung Adam Adli dari pengajiannya.
Menurut Sumber berita, Saudara Adam Adli dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tanjung Malim setelah meredah puluhan sekatan jalan raya oleh pihak polis, akhirnya berjaya juga menyelinap ke UPSI, sumber yang masih belum boleh disahkan lagi mengatakan Adam Adli telah ditangkap Pihak Berkuasa.
Mahasiswa ini membuktikan, mereka serius dalam hal AUKU, serius dalam membebaskan Saudara Adam Adli dari tindakan yang dikatakan biadap iaitu menurunkan banner Gambar Najib Razak di PWTC pada dicember tahun lepas.
Dalam Insiden ini juga, terdapat satu kemalangan yang serius apabila Pengerusi BEBAS Saudara Muhammad Safwan Anang Taib dilaporkan telah ditumbuk dan patah rusuknya dan keadaan beliau masih kurang stabil ketika berhadapan dengan pegawai FRU yang ada di lokasi.
Tindakan ini akan mewujudkan satu gelombang yang lebih besar dari tindakan yang diberikan kepada Adam Adli ketika beliau menurunkan banner gambar Najib Razak, dan ramai mahasiswa juga amat tidak berpuas hati dengan tindakan yang dikategorikan sebagai satu tindakan yang kejam serta zalim oleh pihak FRU Malaysia.
Tweet Dari Adam Adli
Muhammad Safwan Anang Taib Di Hospital Slim River
Salah Seorang Pelajar yang cedera
Adam Adli Dikatakan berada Di Lokab Balai Polis Tg. Malim
-10 Orang Mahasiswa dilaporkan ditangkap dan dibawa ke lokap balai polis Tg. Malim
- Keadaan Di Luar Balai Polis semakin tenang, ramai aktivis2 turun padang
-keadaan terkini Safwan, dilaporkan rusuknya patah dan sukar untuk bernafas. –
Peringatan Kepada sesiapa yang ingin hadirkan diri ke Balai Polis Tg Malim, Jalan ke Balai Disekat, ada 2 Road Block ke IPD, Sila guna jalan belakang ke IPD, (tepi KTM) Via MiloSuam
- Police r refusing 2 give me any info on status of arrested students- they even refuse info on condition of injured students Via @nsurendrann
- It seems d students will b kept overnight- everyone call 05-4596222 to demand their immediate release @nsurendrann
- Pihak Polis Masih tidak memberi Kerjasama.
- Semua hp mahasiswa dirampas dan mahasiswa yang cedera sedang membuat laporan polis.
Terjatuh Di Toilet? Atau Hasil dari Kerja Tangan FRU?
- Alhamdullilah! 6.39 am. Saudara Safwan Anang Sudah Sedar. Soalan Pertama, Kawan Kawan Macam mane? Terbaik!
- Sahabat semua mohon call no ini (balai polis tjung malim) 05-4596222 kita desak mereka bebaskan 17 aktivis dan mahasiswa yang ditangkap! Via Milo Suam [ REALLY@ saya ada call jugak, ada lah dalam beberapa kali, jawapan mereka adalah mahsiswa ini membuat perhimpunan haram, dan mereka mengambil langkah untuk menjaga keselamatan awam] Polis yang menjawap itu dalam nada yang baik dan sopan santun]
Jumlah Mahsiswa yang ditangkap buat masa ini adalah seramai 17 orang dan diantara mereka bukan semua pelajar UPSI tetapi dari Universiti lain juga ada. 2 Orang Cedera.
KPD Supt Othman baru maklum perkembangan terkini: masih ambil dokumentasi. Masih tunggu IO.
REALLY@ Revolusi Mahasiswa Sudah Tercetus? 8 Hari Sebelum 901….
No comments:
Post a Comment