Saturday, January 7, 2012

JAKIM Mengharamkan Sesuatu Yang Halal? Meniaga agama lagi untung !!!

Apa dah berlaku pada khutbah Jumaat hari ini? Khutbah Jumaat hari ini yang disediakan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah menyebut sesiapa yang bersekongkol dengan penganjur demonstrasi jalanan melakukan kesalahan besar dan menzalimi umat Islam.

Ikutilah laporan lengkap dari Malaysiakini

Umat Islam yang menunaikan solat Jumaat di masjid-masjid sekitar Wilayah Persekutuan hari ini diberi amaran supaya tidak melakukan "kesilapan besar" dengan menghadiri demonstrasi jalanan.

Menurut khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), mereka yang bersekongkol dengan penganjur demonstrasi jalanan melakukan kesalahan besar dan menzalimi umat Islam.

Amaran itu dikeluarkan menjelang perhimpunan yang dirancang oleh penyokong-penyokong ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Kuala Lumpur pada hari keputusan perbicaraan kes liwat membabitkan dirinya dan pembantu peribadinya diumumkan pada 9 Januari ini.

“Kita sedar hari ini sekali lagi pelbagai cara dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk melemahkan perpaduan umat Islam dan keamanan negara di antaranya melalui pembohongan fakta, pencemaran budaya, penyebaran racun perpaduan samada melalui media massa dan alam siber, melanggari undang-undang negara.

“Mereka juga cuba meruntuhkan keamanan yang dikecapi selama ini dengan mengadakan pelbagai helah dan cara termasuklah mencetuskan perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan.

“Mereka menghasut rakyat dengan menyemai perasaan tidak puas hati dan benci kepada pemerintah dengan melaungkan slogan tertentu yang digambarkan sebagai gelombang rakyat yang membantah,” petik khutbah yang dibacakan itu.

Menurut khutbah itu lagi, penganjur perhimpunan itu yang bertopengkan atas dasar menuntut keadilan dan ketulusan sebenarnya mahu mengheret rakyat ke jalanan supaya dapat dijadikan sebagai perisai.

“Tetapi hakikatnya mempunyai agenda tersendiri untuk menghuru-hara negara, melemahkan pemerintah dan perpaduan rakyat yang akhirnya membawa tanggapan di mata dunia bahawa negara ini tidak lagi berada dalam keamanan.

haze in kuala lumpur mosque“Mimbar ingin menegaskan kepada jemaah dan umat Islam sekalian bahawa sesiapa yang terlibat dan bersekongkol dengan golongan ini sebenarnya telah melakukan kesalahan yang besar dan menzalimi umat Islam serta keamanan negara,” petik khutbah itu lagi.

Sedangkan situasi yang berlaku pada sebelah pagi adalah sebaliknya. Pihak polis telah membenarkan perhimpunan 901 ini dianjurkan selepas berlakunya perbincangan diantara Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh dengan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Polis benarkan perhimpunan 901 di luar mahkamah

NONEPolis telah membenarkan Pakatan Rakyat meneruskan perhimpunan ‘Bebaskan Anwar' di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, Isnin ini.

Keputusan itu dicapai selepas kedua-dua pihak bermesyuarat selama sejam dengan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Walaupun timbalan presiden PKR Azmin Ali yang mengetuai rombongan parti itu, namun beliau tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga sidang akhbar jam 3 petang nanti.

Sebaliknya, perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin dalam laman twitternya yang berbunyi:

"Persetujuan dicapai dgn @PDRMsia utk perhimpunan solidariti utk @anwaribrahim 901 di kawasn letak kereta Kompleks Mahkamah KL. Jom turun".

Azmin pada sidang akhbarnya sekadar berkata keputusan perbincangan dengan polis hari ini "positif".

Bagaimanapun katanya, beliau akan mengumumkan hasil perbincangan secara terperinci pada sidang medianya pada jam 3 petang ini.

Walaupun diasak bertubi-tubi, beliau enggan mendedahkan butiran terperinci hasil perbincangan berkenaan.

"Keputusannya positif, saya gembira dengan (hasil) perbincangan pagi ini, kerana polis menunjukkan kesediaan untuk berbincang dengan parti-parti politik.

"Mereka mengambil sikap terbuka demi untuk menjamin keamanan rakyat," katanya sambil mengharapkan perhimpunan tersebut berjalan dengan aman dan teratur.

Azmin juga menegaskan bahawa pihaknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjaga keamanan dan mampu mengatasi sebarang provokasi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Warta Jingga : Apa dah berlaku dalam JAKIM? Sanggup mempergunakan khutbah Jumaat semata-mata untuk kepentingan Najib dan Be End? Sanggup meneruskan khutbah Jumaat sedangkan JAKIM boleh menarik balik teks khutbah Jumaat yang diragui isi kandungannya dan ternyata telah menyalahi undang-undang serta boleh menimbulkan syak wasangka sesama Umat ISLAM!
!

Meniaga agama lagi untung daripada meniaga orang

Tangan ni rasa gatal ja nak komen lagi.Tak boleh duduk diam.Maklumlah ni saja peluang orang macam saya nak kata apa pun yang saya tak puas hati.Hidup ni kalau jadi pekakas atau alat untuk puaskan hati pemerintah memang beruntung .Kerja paling senang ialah bodek dan terus membodek.Maklumlah Jakim tu ingat depa makan gaji duit Umno sebab tu khutbah Jumaat pun ikut selera dan perut busuk Umno.Benda yang tak haram dikatanya haram macam hukum berdemontrasi.Rasa saya lah hanya ustaz cari makan, ulama cari dunia di Malaysia saja yang kata himpunan libatkan rakyat marhaen, rakyat kena tindas oleh si pemerintah zalim hukumnya haram!

Ya lah dalam Khutbah hanya para jamaah boleh dengar dan tidak boleh berbahas jadi boleh keluar segala isi perut ikut selera Umno demi jawatan yang depa pegang.Salahkah , haramkah jika si regim zalim Umno-Bn yang berkuasa ini tidak mahu dengar suara rakyat turun ke jalanraya supaya satu dunia tahu tuntutan mereka?

Ok laa..kalau demontrasi tok khatib berani kata haram bagaimana pulak jika pemimpin songlap wang rakyat RM250 juta macam isu lembu NFC yang libatkan keluarga Ketua Wanita Umno Malaysia Shahrizat adakah tidak haram?Berani Jakim buat khutbah kutuk salahguna wang rakyat hukumnya haram?Berani Jakim kutuk Menteri salahguna wang zakat yang juga duit umat Islam yang bayar zakat tak boleh diguna sesuka hati.Berani Jakim kutuk dalam khutbah Jumaat bahawa wang saham bumiputera lesap RM52 bilion untuk tolong orang Melayu -Islam dan bumiputera tu haram? Apakah tidak haram rampas kerajaan yang dipilih rakyat digantikan dengan kerajaan yang dirasuah?Apakah tidak zalim dan haram kaut kekayaan minyak di negeri Kelantan yang dikuasai orang Islam tanpa berikan satu sen pun royalti kepada yang empunya hak?Ada berani buat khutbah kutuk semua ni?

Di dunia kamu hebat perdayakan umat Islam tapi di Padang Mahsyar kelak apa yang kamu nak jawab di hadapan Allah SWT ketika matahari sejengkal di atas kepala kamu?Siapa yang dapat tolong kamu ketika mulut kamu dikunci hanya anggota badan yang lain saja yang boleh jawab?Cer citer...cer citer!ULama dan para ustaz yang sembunyikan kebenaran dan ikut hawa nafsu si zalim akhirat kelak akan terlebih dulu masuk neraka Allah SWT daripada orang lain.Mungkin kamu terlupa akibat habuan dunia yang kamu dapat tapi Allah SWT akan kira dosa pahala walaupun sebesar biji sawi.Sehebat-hebat Firaun yang mengaku Tuhan pun lebur begitu juga Qarun yang kaya raya rebah menyembah bumi .

Orang kata meniaga orang lagi untung daripada meniaga unta tapi meniaga agama demi pangkat , darjat dan kemewahan lagi untung di dunia tapi rugi besar di akhirat! - MISAI MERAH

Dari FB Zunar Kartunis Fan Club
Isu khutbah di masjdi2 Wilayah semalam yang larang umat Islam sertai demo 901. Pooorahhhhhhh Jakim, jual agama punya jabatan. Pasal rasuah kamu diam, pasal fitnah kaum diam, pasal menteri rembat wang zakat kamu diam. Ptui!!!!! Buka mata lihat khutbah yusof Qaradawi ketika revolusi Mesir yang menyeru semua pemuda Mesir menyertai demo di Medan Tahrir!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular