Thursday, January 5, 2012

9 Januari 2012: Permulaan rusuhan Najib

9 Januari 2012: Permulaan rusuahan Najib Ini adalah kenyataan. UMNO yang sedang terdesak sedang memikirkan untuk membuat rusuhan jalanan bukan sahaja di Kuala Lumpur tetapi di semua bandar utama termasuk Sabah dan Sarawak, dua negeri penting yang mereka amat takuti akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat yang diterajui Anwar Ibrahim.

Menakut-nakutkan rakyat dan membuat rusuhan sekian lama sudah menjadi alat UMNO yang telah memerintah negara dari tahun 1957.


Ayah Najib Razak dikatakan telah menjadi dalang trajedi rusuhan kaum di Kuala Lumpur pada 13 Mei 1969, yang membolehkan beliau merampas kuasa dan mengenepikan PM Tunku Abdul Rahman.

Oleh itu, tidak hairanlah Awang Selamat daripada Utusan telah cuba untuk menyebarkan khabar angin bahawa penyokong Anwar akan merusuh selepas keputusan kes Liwat II yang akan diumumkan pada 9 Januari 2012.

Anwar dijangka akan disabitkan bersalah meliwat pembantu beliau. Anwar selama ini menegaskan bahawa beliau tidak bersalah dan mendakwa Najib dan isterinya Rosmah Mansor yang mendalangi dakwaan itu untuk melemahkan pihak pembangkang yang semakin popular.

Tindakan terdesak untuk masa yang terdesak

Sebab utama kepada plot gila itu adalah mereka mahu membuat tangkapan untuk pengintip dan komunis dan penahanan rambang seperti yang dilakukan pada perhimpunan Bersih 9 Julai. Ini semua kerana Najib sudah merasa terdesak sekali lagi.

Umno sedang bersiap sedia untuk PRU 13 dan mereka menjangkakan yang terburuk. Dan itulah yang sepatutnya.

Dari hari pertama beliau mengambil alih tempat Abdullah Badawi pada 2009, Najib yang juga merupakan presiden Umno telah melakukan segala kesilapan. Selepas mencetuskan kekacauan dalam negara dan ekonomi, beliau juga telah memulakan perang saudara dalam UMNO di mana ia telah melemahkan lagi Umno.

Untuk menghalang kejatuhan ini, penasihat Umno telah memberi idea kepada Najib bukan untuk menyelamatkan kejatuhan negara atau Umno tetapi menyelamatkan kuasa politik beliau sendiri.

Dalam merangka pelan untuk rusuhan itu, Najib telah mengambil kira pelbagai kebaikan dan keburukan, senario dan bagaimana rusuhan itu dapat mengekalkan jawatan beliau dalam Umno.

Elak pemberontakkan dalaman

Ini memandangkan ramai akan memberontak terhadap Najib disebabkan kepimpinan beliau yang lemah dan beliau juga mahukan semua kerusi pasti menang untuk orang-orangnya sendiri sahaja. Beliau akan gagal kerana motif beliau tidak berdasarkan keikhlasan. Beliau bukannya menggalakkan perpaduan dalam UMNO tetapi beliau sebenarnya bertindak atas kepentingan sendiri dan ingin menunjukkan seolah-olah beliau bertindak untuk kepentingan ahli.

Pelbagai bencana dan rasuah yang didedahkan baru-baru ini telah membuka pintu amarah dalam UMNO. Tidak mustahil akan ada situasi di mana semua ahli berebut mengambil jawatan dan juga faedah sebab mereka juga tidak mahu ketinggalan dalam mendapatkannya untuk diri sendiri.

Najib berharap agar rusuhan ini akan mengalih tumpuan ahli UMNO, mendapatkan mereka untuk menyokong beliau yang sememangnya beliau perlukan untuk PRU 13. Ini akan menguatkan jentera beliau dan dengan ini tiada yang akan mencabar beliau untuk jawatan presiden pada pemilihan parti yang akan diadakan selepas pilihanraya nanti.

Musuh beliau dalam UMNO termasuk timbalan beliau Muhyiddin Yassin tidak akan ada pilihan lain selain daripada tersenyum dan memuji beliau kerana kepintaran dan keberanian beliau dalam kata lain mereka akan terpaksa menerima ‘harakiri’ dalam politik UMNO.

Diperingkat nasional, imej dan ekonomi Malaysia akan menjadi bertambah buruk dan berkemungkinan tidak akan pulih daripadanya. Tetapi itu bukanlah apa yang dirisaukan Najib dan isteri beliau Rosmah! Putrajaya dan kuasa ke atas kerajaan persekutuan dan juga memegang dana negara- itulah yang paling utama.

Bergantung kepada orang cina yang pengecut

Yang kedua, rusuhan Najib ini adalah untuk menakut-nakutkan rakyat terutamanya orang Cina yang penakut. Ia agak menghairanan tetapi memang ada orang Cina yang akan mengundi UMNO-BN kerana takut akan keselamatan anak mereka.

Mereka ini sememangnya tidak berpandangan jauh dan bodoh tetapi UMNO telah pun berjaya kekal memerintah dengan cara membuli dan memaksa. Cara ini juga telah memastikan mereka mendapat wang trillion ringgit untuk disimpan di bank luar negara.

Disebabkan oleh kekerasan fizikal dan kekecohan, Najib dan kumpulan beliau fikir bahawa rakyat akan melupakan kemiskinan, pengangguran, hutang negara, rasuah, ketidakadilan, cincin belian Rosmah yang bernilai USD24 juta dan RM7 billion yang dibazirkan untuk kapal selam Scorpenes dan juga isu lain.

UMNO dan juga Najib tidak membawa apa-apa faedah kepada rakyat. Segala yang ada di Malaysia selama pemerintahan UMNO dari 1957 hinggalah sekarang adalah tidak berkualiti dan terlampau mahal. Ini adalah dua indikator kepada rasuah yang berakar umbi. Jadi, alihkn pandangan rakyat dengan menggunakan cara-cara menakut-nakutkan mereka.

Penjarakan pemimpin Pakatan sebanyak mungkin

UMNO mahu penyokong Anwar untuk merusuh supaya mereka boleh menggunakan ISA yang masih wujud itu dan Akta Perhimpuanan Aman untuk meletakkan sebanyak mungkin pembangkang dalam penjara supaya Umno-BN boleh berpeluang untuk menang pada PRU 13.

Mengikut jejak langkah ayah untuk cipta semula 13 Mei

Yang keempat, Najib baru sahaja memulakan ketegangan dan beliau tidak mahu mencetuskan

rusuhan sekarang. Beliau akan memulakan sesuatu seperti peristiwa 13 Mei 1969 yang didakwa didalangi ayahnya Abdul Razak Hussein selepas keputusan PRU 13 nanti.

Kemudian, seperti yang berlaku pada 13 Mei, Najib akan memberi arahan untuk pertumpahan darah seperti yang dilakukan ayahnya pada 1969.

Sekiranya gagal, salahkan Muhyiddin dan Dr M

Akhirnya sekiranya Najib pada saat-saat akhir menjadi takut ataupun sekiranya idea itu tidak disokong Umno, beliau tidak akan kehilangan apa-apa tetapi peluang untuk mendapatkan kelebihan berbanding mereka yang lain dalam parti.

Kemudian, Najib akan mengeluarkan kenyataan bahawa Umno hanya berseloroh, dan bergantung kepada sentiment rakyat pada masa itu, Najib berkemungkinan akan melaungkan kembali propaganda 1Malaysia dan mendapatkan liputan media bahawa beliau adalah yang berhaluan kanan dalam Umno tidak seperti Muhyiddin dan Mahathir yang mahu menimbulkan ketegangan sebelum PRU13.

Walaubagaimanapun, terima kasih kepada campur-tangan beliau, rancangan itu tidak menjadi- itulah yang akan dilaporkan akhbar.

Tetapi yang sedihnya, rakyat Malaysia tidak akan mempercayai beliau. Beliau bukanlah Encik 1Malaysia lagi. Beliau telah pun membunuh kerjaya politik beliau dan tiada apa yang dapat membantu beliau sekarang!

Malaysia Chronicle

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular