Thursday, January 5, 2012

INTERPOL tak boleh tangkap TAIB MAHMUD?

Di sebalik desakan yang memuncak oleh NGO asing supaya Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud ditangkap atas tuduhan rasuah, Pertubuhan Antarabangsa Polis Jenayah (Interpol) berkata tindakan itu hanya boleh dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan.
Ini adalah jawapan yang diberikan kepada Dana Bruno Manser yang berpangkalan di Switzerland yang menerajui kempen antarabangsa ke atas ketua menteri yang paling lama berkhidmat di Malaysia itu.
Menurut kenyataan akhbar oleh BMF yang disiarkan Malaysiakini hari ini, sekretariat Interpol, memaklumkan bahawa "bantuan Interpol hanya boleh digerakkan oleh keputusan pihak berkuasa tempatan yang berwibawa dan atas permintaan penyelaras tempatan yang dikenali sebagai National Central Bureau (NCB)".

Kita ingin melihat samada Najib benar-benar ikhlas untuk menjalankan program transformasinya membasmi rasuah, jika Najib ikhlas sudah tentu dia akan mengarahkan pihak berkuasa yakni Polis Malaysia mengambil tindakan terhadap Taib Mahmud. Jika beliau tidak berbuat demikian maka sahlah Najib hanya beretorik dan tidak serius menangani rasuah di Malaysia. MutaLigat

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular