Sunday, January 1, 2012

MAHSISWA SAFWAN ANANG DIPIJAK FRU

Selepas dilaporkan dipijak dan ditumbuk oleh FRU pada waktu demonstrasi yang diadakan di hadapan UPSI malam tadi, Muhammad Safwan Anang Taib iaitu pengerusi BEBAS, dipercayai telah pengsan dan tidak sedarkan diri.

Justeru beliau dibawa oleh beberapa orang rakannya untuk dibawa ke hospital berdekatan Slim River.

Menurut perbualan di tweeter Safwang Anang dipercayai dipijak oleh FRU dan Polis, menyebabkan rusuknya patah dan beliau berada dalam keadaan yang sangat nazak.

Namun pada jam lebih kurang 7 pagi, dipercayai beliau telah sedarkan diri, dan soalan pertama yang diajukan adalah, "Kawan Kawan Macam Mane?" Dalam keadaan yang begitu pun beliau masih sempat memikirkan keadaan rakan rakan seperjuangannya yang ketika itu suda ditangkap dan dibawa ke Lokap Balai Polis Tg. Malim.

Laporan Doktor masih belum dicari buat masa ini, akan di update sejurus ia dikeluarkan secara sah, namun melihat video dan juga keadaannya sedah ternyata kekasaran Polis dan FRU Malaysia terhadap mahasiswa ini adalah satu tindakan yang kejam.

Menurut laporan The Malaysian Insider,

Polis Perak hari ini akhirnya mengaku telah memukul beberapa aktivis mahasiswa dalam kejadian ketika demonstrasi awal pagi tadi dengan alasan perkara sedemikian tidak dapat dielakkan.

Anggota polis telah menyerbu lokasi demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim apabila mahasiswa melakukan demonstrasi aman menuntut kes Adam Adli digugurkan pihak universiti.

“Sewaktu insiden tersebut, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Perkara ini tidak dirancang, dan semasa kejadian itu keadaan mungkin berada di luar kawalan.” menurut pegawai penyiasat yang hanya mahu dikenali sebagai Fazli dipetik The Malaysia Insider.

Keadaan beliau ketika ini dilaporkan sakit dibahagian rusuk serta sukar untuk bernafas.
JUHAM mahu saman polis

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) hari ini berkata, tidakan tersebut jelas tindakan yang zalim, tidak munasabah dan bertentangan dengan norma-norma hak asasi manusia.

“JUHAM yang terdiri daripada barisan peguam-peguam di seluruh Malaysia berikrar akan membela dan menyokong para Mahasiwa ini sekiranya mereka didakwa di Mahkamah,” kata pengarahnya Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi.

“Malah, JUHAM bersedia untuk memberikan khidmat nasihat guaman percuma kepada para mahasiswa ini sekiranya mereka dipanggil untuk menghadiri tindakan tatatertib sebagai bukti sokongan padu JUHAM kepada gerakan mahasiswa yang mendokong kebenaran dan keadilan.”

Justeru, dalam kenyataannya hari ni, JUHAM menyeru saksi kejadian tampil dan menghubungi JUHAM bagi membantu pihaknya mengumpulkan bukti “keganasan” polis dalam perhimpunan tersebut.

Katanya, lima peguam JUHAM termasuk dirinya sendiri kini sudah berkampung di balai polis Tanjung Malim sejak awal pagi bagi menunjukkan sokongan dan kesediaan mewakili mahasiswa sekiranya polis mahu mendapatkan reman untuk terus menahan.

Jawatankuasa itu juga menyifatkan tindakan polis malam tadi sebagai pilih kasih dan tidak seperti layanan yang diterima oleh Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI) yang berhimpun pada 21 Disember lalu.

REALLY3LINE@  PRU 13 Semakin Hampir…. Gelombang Semakin hangat…

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular