Megimbas dari peristiwa yang berlaku semasa BERSIH 709 dijalankan pada tahun lepas, pihak PDRM juga telah mengeluarkan video untuk mempertahankan hak dan menunjukan kepada rakyat apa yang sebenarnya berlaku semasa BERSIH 709 dari kaca mata pihak Polis PDRM.
Seperti BERSIH, Demo UPSI juga mendapat liputan yang meluas ke seluruh negara, dan didakwa polis juga ada melakukan kekasaran terhadap mereka yang berdemo pada waktu itu.
Jadi, untuk menunjukan kepada rakyat bahawa tiada kekasaran yang berlaku agar rakyat percaya bahawa polis sebenarnya menjalankan tanggung jawap mereka dan menjaga keselamatan awam serta Negara maka mereka buat lah 4 video bagi menunjukan kepada rakyat, PDRM tidak bersalah sebaliknya tindakan mereka harus dipuji.
Laporan dari Malaysia kini.
Polis telah memuat-naikkan empat klip video di internet bagi menangkis dakwaan bahawa mereka mengasari pelajar yang berdemonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim Ahad lalu bagi menuntut kebebasan akademik.
Video berkenaan dimuat-naikkan di YouTube oleh pengguna yang menggunakan nama PDRMsia. Durasi setiap video adalah antara satu dan dua minit setengah.
Semua empat klip video ini bermula dengan satu kenyataan berikut:
"Kepada semua rakyat Malaysia, adakah anda inginkan bakal pemimpin yang sebegini?
“Kepada para ibu bapa, adakah anda ingin melihat anak-anak anda terlibat dengan kegiatan sebegini?
“Kepada para pelajar, adakah anda ingin memusnahkan masa depan dengan melibatkan diri dalam aktiviti sebegini?
" Rakaman menunjukkan kelakuan sekumpulan pelajar di pintu utama ke UPSI pada malam menjelang Tahun Baru 2012. Ia juga memamaprkan usaha seorang pegawai polis cuba berunding dengan pemimpin pelajar supaya mereka bersurai dalam masa 15 minit, tetapi diengkari pelajar berkenaan.
Sebaliknya, pelajar dilihat tidak mematuhi arahan itu dan mencemuh polis. Walau bagaimanapun, rakaman video itu berakhir setakat itu. Tiada apa-apa ditunjukkan tentang apa yang berlaku apabila polis bergerak ke arah penunjuk perasaan.
Video Pertama.
23 likes, 141 dislikes
9 likes, 79 dislikes
16 likes, 78 dislikes
16 likes, 91 dislikes
Persoalan kini adalah mengapa ramai yang dislike dari yang like? adakah kerana quality video yang kurang baik? dah sekadar memberitahu, comment untuk setiap video has been disable, maknanya penonton tak boleh meninggalkan komen pada semua video ini.
Polis tidak tunjukkan bukti penuh insiden di UPSI, kata peguam Safwan
KUALA LUMPUR, 5 Dis — Polis tidak menunjukkan bukti penuh insiden demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) malam tahun baru lalu, menurut peguam yang mewakili Muhammad Safwan Anang, pemimpin mahasiswa yang mengalami kecederaan dalam insiden pertempuran polis dan mahasiswa tersebut.
Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi yang mewakili Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) itu mendakwa rakaman yang disiarkan polis di kaca televisyen adalah rakaman sebelum insiden pertempuran, dan pihak berkuasa berkenaan tidak menyiarkan rakaman penuh insiden tersebut.
“Kami dapati pihak polis tidak menunjukkan video penuh dalam kejadian di UPSI tempoh hari. Apa yang ditayangkan adalah video sebelum insiden tersebut, mereka tidak mengeluarkan rakaman semasa kejadian itu berlaku.
“Sehubungan itu, kami akan mengemukakan video tersebut yang mempunyai bukti kekasaran pihak berkuasa terhadap mahasiswa,” tegasnya di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi selepas Safwan selesai membuat laporan polis atas dakwaan pihak polis menggunakan kekasaran terhadapnya.
Dalam laporan polis yang dibuatnya, Safwan mendakwa dia telah ditumbuk di bahagian kiri mukanya, dan disepak menggunakan lutut yang mengakibatkan kecederaan di bibir, dan patah beberapa batang gigi serta turut tidak sedarkan diri selama lebih kurang sejam dalam insiden tersebut.
“Ketika demonstrasi itu, anggota polis beberapa orang polis yang berpakaian preman yang memakai vest polis menyerbu kami dan menarik saya ke arah lain secara paksa dan kasar.
“Saya telah ditumbuk dengan kuat di bahagian muka kiri yang mana hasil daripada tumbukan tersebut, bibir sebelah kiri dan mulut saya pecah dan berdarah.
“Kemudiannya saya ditundukkan dan di dihentak menggunakan lutut di bahagian rusuk kanan, akibat daripada itu, saya mengalami sesak nafas dan tidak sedarkan diri,” jelas Safwan yang berkerusi roda ketika hadir di balai polis.
Menurutnya lagi, dia turut cam anggota polis yang telah memukulnya melalui rakaman video yang berada di dalam simpanannya.
Kenyataan Safwan itu turut disokong melalui laporan kesihatan yang dikeluarkan doktor yang merawatnya.
Dalam kejadian di UPSI malam tahun baru itu, seramai 60 mahasiswa daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) telah melakukan demonstrasi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Kumpulan terbabit telah bertempur dengan anggota keselamatan selepas dipercayai ingkar arahan bersurai dan hasil daripada kejadian tersebut, 17 daripada telah ditahan dan dua termasuk Safwan mengalami kecederaan. MI
No comments:
Post a Comment