Pertandingan Maharaja Lawak Mega Akhir Jumaat lalu, keputusannya telah dijuarai oleh kumpulan Osbon yang dianggotai oleh Os dan Abon yang pada mulanya kedudukan mereka ditempat ke 3 dengan berkongsi peratusan undian 30% di belakang kumpulan Syok yang berada di tempat ke 2.
Sebelum itu kumpulan Boboi mengungguli carta di tempat pertama dan kedudukan ke 4 adalah kumpulan Saehu iaitu satu-satunya kumpulan daripada Indonesia yang bertahan ke peringkat akhir Maharaja Lawak Mega.
Pada mulanya ramai yang menjangkakan Boboi yang bakal bergelar juara hari itu kerana ramai yang merasakan kumpulan yang dianggotai oleh Harun Salim Bachik dan Afdzlin Shauki itu konsisten dari segi persembahan mereka sejak minggu pertama hingga akhir.
Secara jujur, saya juga meminati Boboi kerana sejak saya tonton saban minggu, saya perhatikan jenaka yang diketengah ada kelas dan up to date, bukan lawak bodoh. Pada final itupun saya menjerit menjangkakan Boboi juara kerana beranggapan Boboi akan mendapat undi SMS daripada orang muda. Sedangkan Osbon, biasalah, diminati oleh golongan tua.
Rupa-rupanya Boboi kalah kepada Osbon, apa boleh buat itu yang diumumkan.
Tetapi ada yang mengulas dalam facebook, Boboi tewas kerana dalam lawak mereka di bahagian pertama pada malam itu, kerana ada unsur-unsur memperli isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Afdzlin yang melakunkan watak sebagai “Datin Maimun” dengan mengenakan fesyen rambut berjambul ala Rosmah, apabila ditanya mahu apa, dia mahukan: “Cincin berlian, nak beg tangan mewah dan subang gelang berlian serta banglo mewah di Damansara. Juga nak berlakon video klip dengan Anuar Zain di Paris”.
Ada juga disebut MLOM, dekat dengan FLOM (First Lady of Malaysia).
Mungkin adegan tersebut secara tidak langsung atau tidak mengenakan sesiapa, tetapi ada yang berkata cara lawak Boboi itu amat tidak disenangi oleh pihak tertentu yang terdapat sedikit unsur sindiran.
No comments:
Post a Comment