Sunday, July 17, 2011

Belasungkawa untuk Baharudin di KLCC

generation 709 in klcc mourns baharuddin 2Ketika tindakan keras terhadap pihak pro-BERSIH 2.0 berterusan, kira-kira 50 orang hari ini berpakaian kuning berarak di tengah-tengah Kuala Lumpur tanpa sebarang rintangan.

Bertentangan sama sekali dengan perhimpunan genap seminggu lalu, polis anehnya tidak kelihatan walaupun kumpulan itu sudah berkumpul selama sejam.

Bagi menuntut keadilan terhadap Baharudin Ahmad yang meninggal dunia selepas menyertai perhimpunan BERSIH pada 0 Julai, kumpulan itu berjalan daripada taman KLCC ke kompleks membeli belah
Avenue K.


Ia merupakan jalan yang sama dilalui almarhum ketika melarikan diri daripada serangan gas pemedih mata oleh pihak polis.

Anak saudaranya, Azhar Kassim antaranya peserta perhimpunan yang sekali gus dilihat menyuntik emosi.




Generasi 709 Berarak Di KLCC


Sekumpulan orang awam yang menggelar diri mereka sebagai Generasi 709 hari ini mengadakan perhimpunan aman bagi memperingati kematian seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0, Allahyarham Baharuddin Ahmad pada 9 Julai lalu.

Kira-kira kurang 60 orang peserta perhimpunan berkenaan yang memakai pakaian bewarna kuning berarak secara aman dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) menuju ke Avenue K pada jam 2.00 petang tadi.

Jurucakap kumpulan berkenaan yang juga Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon menyatakan kesedihan diatas kematian Baharuddin dan menggesa polis menyiasat mengenai kejadian berkenaan.

01:30-02:18
“Kami amat prihatin terhadap kematian Baharudin dan mangsa lain semasa perhimpunan itu,” katanya kepada pemberita di sini.

Anak saudara mangsa, Azhar Kassim, 53, berkata perhimpunan itu bertujuan bagi mendapatkan keadilan di atas kematian bapa saudaranya.

02:49-03:40
“Kami percaya pihak berkuasa gagal bertindak terutamanya dalam memberi rawatan dengan cepat kepada mangsa,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Baharuddin iaitu suami kepada Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Setiawangsa yang dipercayai turut serta dalam perhimpunan berkenaan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Polis juga telah menafikan dakwaan yang dibuat menerusi beberapa laman web yang mendakwa Baharuddin meninggal dunia selepas terkena gas pemedih mata. -tvsnews



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular