Aku selalu sebut dalam blog ini bahawa jika melibatkan bidang perubatan, sesuatu perkara mesti ada bukti sebelum kita menyebutnya.
Dengan kata lain setiap ubat yang menyatakan boleh menyembuhkan sesuatu penyakit atau sesuatu risiko yang boleh menyebabkan penyakit, perlu dibawa bukti (Evidence Based Medicine) terlebih dahulu.
Jika terbukti benar mengikut kaedah kajian yang tersusun, barulah kita boleh mendakwa inilah keyakinan kita dalam menggunakan sesuatu itu atau mensabitkan risiko itu mendatangkan mudarat kepada penyakit tertentu.
Ini sama dengan cerita orang menyatakan binatang bernama Tokek boleh meyembuhkan HIV atau sesetengah pihak mendakwa poligami punca kanser pangkal rahim. kedua-dua perumpamaan tadi tiada bukti kukuh dari mana-mana kajian. Ia perlu ditolak buat masa ini sehingga ditemui buktinya yang lebih jelas..(jika ada)
No comments:
Post a Comment