Sunday, June 5, 2011

Kembali Dara Selepas 3 Kali Bercerai.


Dewi Persik

Artis ini sudah tiga kali berkahwin dan bercerai. Namun penyanyi dangdut, Dewi Perssik kini mendakwa sudah kembali perawan. Penyanyi lagu ‘Goyang Gergaji’ itu mengaku telah menjalani pembedahan selaput dara dan pembedahan itu dilakukan selepas menjalani ibadah umrah tidak lama dahulu.


Dewi atau lebih dikenali dengan panggilan Depe dan nama sebenarnya Dewi Murya Agung dikatakan menjalani pembedahan itu di sebuah klinik di Mesir.

“Saya memang merancang untuk menjalani pembedahan selaput dara. Saya sudah pun menjalaninya. 

“Walaupun saya berstatus janda tetapi secara fizikalnya, saya perawan,” kata Depe seperti dilapor oleh Warta Kora, semalam.


Menurutnya, dia melakukan pembedahan itu kerana mahukan keperawanannya kembali dan juga ingin memberikan nikmat yang lebih kepada bakal suaminya kelak.


“Saya akan tetap perawan apabila berkahwin dengan suami baharu nanti,” katanya.

Menurut Depe, dia masih merasakan sakit pada sekitar perut dan pangkal paha selepas menjalani pembedahan itu. Namun, kesakitan itu tidak menghalangnya untuk membuat persembahan di atas pentas. 

“Yang penting, saya sudah peroleh apa yang diinginkan. Pembedahan dilakukan selepas menunaikan umrah bersama keluarga. Saya ingin sangat untuk mendapatkannya dan mencari maklumat mengenai klinik yang menjalankannya dan ternyata berkesan,” katanya.

P/s: Artis ini memang panas dengan pelbagai kontroversi. Bergambar separuh bogel, berlakon filem berunsur lucah. Ironi, dia pergi melakukan umrah, namun masih lagi berkelakuan seperti sebelumnya. Err...!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular