Sunday, June 12, 2011

Siapa kata kenaikan harga minyak tidak membebankan rakyat?

Lebih 500 nelayan dan pengusaha bot pukat tunda tidak menangkap ikan sebagai mogok memohon kerajaan mempertimbang diesel subsidi super di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Pahang.
--fotoBERNAMA (2011)

Nelayan mogok, 70 bot mahu dijual 

SHAH ALAM - Lebih 1,000 nelayan melancarkan mogok di beberapa kawasan di tiga negeri, Pahang, Johor dan Kelantan kerana membantah terhadap kenaikan harga diesel berkuat kuasa bulan ini. 

Sebahagian daripada mereka meluahkan rasa bimbang akan hilang sumber pendapatan mereka, sementara sebahagian sudah bertindak menjual bot masing-masing kerana tidak tahan menanggung kos yang meningkat. 

Di KUANTAN, kira-kira 1,000 pemilik bot, nelayan dan peniaga ikan tidak keluar ke laut selama tiga hari sebagai bantahan terhadap kenaikan harga diesel itu. 

Tindakan itu mengakibatkan 100 bot tersadai, dengan pemilik bot dan nelayan berkumpul di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Padang Kemunting di sini. 

Pengerusi Persatuan Perikanan Kuantan, Chia Hee Juak berkata, mogok itu ekoran kenaikan harga diesel daripada RM1.20 kepada RM 1.80 seliter bagi bot pukat tunda C2 yang berkuat kuasa bulan ini. 

Kita tidak boleh cari makan jika keadaan ini berterusan kerana dengan situasi sekarang, kami berdepan kerugian antara RM6,000 dan RM7,000. 

Di MERSING, Johor, susulan kenaikan harga minyak subsidi sebanyak RM0.55 seliter, iaitu daripada RM1.25 kepada RM1.80 mendorong pemilik bot nelayan laut dalam kategori C2, di sini, mogok. 

Mereka merayu pihak berkenaan mempertimbangkan subsidi diesel untuk nelayan laut dalam kategori C2 berhubung permasalahan ini. 

Di PASIR PUTEH, Kelantan, pengusaha bot laut dalam yang ketika ini berhadapan kos operasi tinggi merayu kerajaan supaya membatalkan hasrat memansuhkan subsidi diesel kepada mereka. 

Penasihat Persatuan Pengusaha dan Industri Laut Dalam (Kelaut), Abdullah Jaafar berkata, pengusaha kini menghadapi masalah ketiadaan bekalan diesel, sedangkan mereka terpaksa menanggung kos operasi berterusan. - SH



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular