Thursday, June 16, 2011

Gerhana Bulan Penuh 16 Jun 2011 (Gambar & Video)



Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)



Awal pagi tadi langit Malaysia diterangi oleh suatu kejadian menarik iaitu gerhana bulan, salah satu kekuasaan Allah yang jarang-jarang kita dapat lihat. Gerhana bulan kali ni antara kejadian gerhana yang paling lama iaitu sekitar 100 minit, tempoh masa yang lama yang dapat dilihat secara jelas...ada yang bagun awal pagi tadi solat gerhana...? Tahniah kepada yang tak lepaskan peluang ni untuk beribadah disamping dapat juga tengok gerhana bulan... 



Info: Gerhana bulan wujud apabila  bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika  bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya.


Gambar gerhana bulan 1 jam 30 minit sebelum gerhana penuh





Gambar gerhana bulan 1 jam sebelum gerhana penuh



Gerhana penuh berlaku pada pakul 3.12 pagi waktu Malaysia/Singapura. Kejadian gerhana bulan terakhir berlaku pada 12 Dis lepas. (sumber: Reuters)

Video kejadian Gerhana Bulan 16 Jun 2011 oleh NASA.

"Sesungguhnya kedua-dua matahari dan bulan adalah daripada tanda-tanda kekuasaan Allah tidak berlaku gerhana kerana kematian atau kerana hidupnya seseorang, apabila kalian menyaksikan fenomena gerhana tersebut maka solatlah dan berdoalah” [Riwayat Muslim]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular