Thursday, June 16, 2011

UMNO dalam BAHAYA – media alternatif pro UMNO bersedia....


Berbincang dengan beberapa rakan media alternatif – salah satu topik yang menarik perhatian saya adalah media pro UMNO akan berbalah sesama sendiri dan tidak teragak-agak menyerang UMNO. Mereka menggariskan 2 keadaan yang mana media alternatif pro UMNO akan mula bertindak garang.
  1. Adalah sewaktu pemilihan calon pilihan raya
  2. Adalah sewaktu perhimpunan Agung UMNO yang akan datang
Kedua keadaan ini dikatakan masa yang paling getir untuk UMNO. Laman pro UMNO dikatakan mempunyai tuan masing-masing dan laman pro UMNO ini dikatakan akan bertindak mengikut arah tuan mereka. UMNO secara kolektif gagal mengadakan senario laman pro UMNO yang mantap, diterima dan mampu menyampaikan maklumat yang dikira berbeza. Kematangan UMNO dalam mengendali dan menyelaras laman pro UMNO yang tumbuh macam cendawan pagi tidak diurus oleh UMNO dengan betul dan sering tersasar dan akhirnya menghentam kepimpinan UMNO sendiri. Ada kalanya mereka salah buat perhitungan perang saraf dan akhirnya menguntungkan pembangkang sendiri.
Laman UMNO terlampau nampak mempolitikkan keadaan – tidak akan diterima sebagai jawapan kepada kritikan – kerana dilabel sebagai laman politik. Keadaan ini tidak membiakkan proses kematangan berpolitik dalam media alternatif UMNO. Media alternatif UMNO akan terus dilabel sebagai trup siber dan akan dilabel hanya berpolitik. Menurut rakan tersebut, kalau UMNO sahaja yang membaca laman pro UMNO maka perkembangan UMNO sebenarnya terbatas dan menguncup.
UMNO dilihat masih gagal mencari formula berkesan dalam menggunakan laman web dan media alternatif yang ada sebaik mungkin. Media alternatif UMNO dikatakan gagal menarik perhatian pembaca kalangan intelektual dan dikatakan masih tidak berjaya menjadi medium utama.
Habis bagaimana – perlu di laksana cara bagaimana laman pro UMNO boleh menjadi efektif? UMNO perlu melihat melangkau kotak yang ada. Melihat perkembangan media alternatif secara serius dan mungkin perlu melantik seseorang yang mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam perang siber. UMNO perlu ada strategik yang lebih baik dari media pembangkang, perlu ada kolaborasi sesuai dalam penyelarasan media pro UMNO. Apa pun UMNO perlu sedar – lantikan kepimpinan kitar semula untuk tujuan perang media akan hanya menjatuhkan UMNO lebih jauh dalam kegagalan mendominasi media alternatif dari sudut perkembangan minda dan politik baru serta penyebaran maklumat yang fasih, tepat dan cepat.
Adakah UMNO akan berdepan  dengan senjata yang mereka buat sendiri? - umno-reform2

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular