Thursday, June 16, 2011

LAMAN WEB POLITEKNIK,PERLANCONGAN MANGSA PERTAMA DIGODAM

Portal rasmi Jabatan Pengajian Politeknik dan sebuah portal pelancongan swasta menjadi mangsa pertama sekumpulan penggodam yang dikenali sebagai Dragon Force Malaysia di sini awal pagi semalam.


Dalam kedua-dua portal itu, penggodam terbabit menyatakan tindakan tersebut dibuat sebagai protes terhadap kerajaan Malaysia supaya tidak menghalang kebebasan menggunakan Internet.

"Tiada yang selamat, terima kasih ahli Dragon Force. Kepada pentadbir, Dragon Force sudah datang. Terkejut huh? Jangan bimbang banyak yang akan datang lagi.
"Hormati kami, kami masukkan kod, kami ubah sistem anda, kami buka kata kunci anda, kami salah guna jaringan anda bukan kerana kami benci tetapi kami suka. Enjoy!,"
 kata penggodam yang menggelarkan dirinya sebagai Kambeng Merah melalui mesej yang ditinggalkan dalam portal yang digodam.

Bagaimanapun, kedua-dua portal yang digodam selama 13 jam bermula tengah malam kelmarin sehingga kira-kira pukul 1 petang itu boleh diakses semula setelah dibaik pulih oleh pentadbir portal berkenaan.


Dalam pada itu, sumber daripada Jabatan Pengajian Politeknik mengesahkan kejadian tersebut dan sedang menunggu laporan penuh pembekal perkhidmatan laman webnya.

"Kami mempunyai dua portal iaitu www.politeknik.edu.my dan politeknik.gov.my. Yang telah diserang ialah politeknik.gov.my sementara portal yang satu lagi tidak digodam.

Selain itu, sebuah lagi portal milik syarikat Impressions Holidays & Resort Sdn. Bhd. iaitu www.tourmalaysia.com.my turut menjadi mangsa kumpulan sama

via : kosmo.com.my



NAMPAKNYA serangan terhadap website-website Malaysia seperti amaran yang pernah dikeluarkan oleh kumpulan "hackers" yang menggelarkan diri mereka sebagai anonymous baru-baru ini sudah bermula

Serangan kumpulan "hackers" ini dilakukan sebagai tanda protes terhadap SKMM yang menutup laman-laman download sedangkan banyak website-website lucah termasuk blog-blog yang menyebarkan video lucah terus dibiarkan beroperasi.

Namun begitu tidak dapat dipastikan sama ada kumpulan yang memulakan serangan ini mempunyai hubungan dengan "anonymous" atau tidak.

[www.tourmalaysia.com.my]

[www.penang.uitm.edu.my]

[jbiotech.gov.my]


Lebih banyak lagi website-website kerajaan akan digodam termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM, Suruhanjaya Pilihanraya,SPR dan Website 1Malaysia. Malah menurut maklumat yang diterima, fanpage Najib Tun Razak juga akan turut digodam sebagai tanda protes terhadap tindakan SKMM itu.

Satu persatu website kerajaan yang bernilai jutaan ringgit akan dihancurkan dalam masa terdekat. Kita tunggu dan lihat.


ReJaM© "Harap anonymous boleh godam sekali website-website dan blog-blog yang menyebarkan video lucah"

Lagi senarai laman sesawang yang dipercayai digodam

Kredit gambar : www.info.darxniq.com (mamat Nora Elena)





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular