Wednesday, June 15, 2011

Utusan Malaysia Biadap Mempersendakan Islam - Ketua Penerangan DPP Malaysia

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/248926_10150207555382312_303331692311_7740153_2143106_n.jpg

1. Utusan Malaysia bertarikh 15 Jun 2011 mencetuskan persepsi buruk bagi pembaca yang beragama Islam.


Bermotifkan sebagai satu penjelasan dengan bertajukkan “KEKELIRUAN KES ROGOL”, Utusan Malaysia membenarkan sebuah karikator jahat yang penuh dengan makna tersirat dan menatijahkan imej negatif Islam selaku agama rasmi negara.

2. Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta pihak yang berwajib untuk mengambil tindakan tegas ke atas Utusan Malaysia kerana bertanggungjawab ke atas penyiaran karikator tersebut. Karikator yang penuh dengan seribu tanda Tanya ini nyata mempermainkan Islam apabila ia dilukis dengan :

Menggambarkan kolotnya Islam dengan seorang lelaki berjubah dan berserban menyelesaikan masalah berbanding dengan anggota polis.

Perihal rakaman yang disebut oleh karikator wanita. Ini kerana bagaimana secara logiknya seorang yang dirogol tidak mampu berbuat apa-apa tetapi sempat pula merakamkan adengan tersebut dengan telefon bimbitnya.

3. Dewan Pemuda PAS Malaysia menasihati Utusan Malaysia serta mana-mana individu agar lebih bersikap amanah di dalam menyiarkan sesuatu untuk paparan awam apatah lagi di dalam isu agama. Sekiranya di dalam Utusan Malaysia mempunyai pegawai agamanya yang tersendiri, Dewan Pemuda PAS Malaysia merasa amat malanglah dirinya kerana tidak menyekat tindakan-tindakan seperti ini.

4. Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan tegas meminta Utusan Malaysia menarik balik dengan kenyataan maaf secara terbuka kerana telah mencalar kemuliaan Islam dalam menyelesaikan masalah jenayah.

Ust Riduan Mohd Noor
Ketua Penerangan DPP Malaysia


Artikel Berkaitan : Tolong jangan politikkan undang-undang islam kerana kesudahannya amat buruk untuk umat islam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular