Saturday, June 18, 2011

Mahathir: Malaysia muflis jika negara kebajikan penuh


PUTRAJAYA, 18 Jun — Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui Malaysia merupakan negara separa kebajikan, tetapi menegaskan, ia tidak seharusnya menjadi negara berkebajikan penuh kerana boleh menyebabkannya muflis.

Bekas perdana menteri itu berkata, dalam sesetengah kes adalah benar Malaysia negara berkebajikan sebab banyak barang dan perkhidmatan adalah murah kerana kerajaan memperuntukkan wang untuk mengurangkan kos sara hidup.


“Kos hidup di negara ini adalah rendah,” kata Dr Mahathir (gambar) yang ditanya sama ada beliau bersetuju dengan pendirian pentadbiran Najib di sebalik polemik mengenai negara berkebajikan sejak kebelakangan ini.


Parti pemerintah Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat khususnya PAS terlibat dalam polemik mengenai negara berkebajikan selepas parti Islam itu dalam muktamarnya baru-baru ini mengetengahkan konsep tersebut.


Kedua-dua Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa negara berkebajikan PAS bukan sesuatu yang baru dan BN sudah pun mengamalkan prinsip itu dalam pentadbriannya sejak negara merdeka.


Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun sehingga 2003 berkata, apa yang boleh dibeli di Malaysia sebenarnya sama dengan apa yang boleh dibelanjakan di Amerika Syarikat meskipun nilai mata wang negara itu lebih tinggi berbanding ringgit.


“Jika dibandingkan, RM1 di negara ini boleh digunakan untuk membeli (barang bernilai) AS$1 di Amerika sebab kos hidup di sini (hanya) satu pertiga berbanding di Amerika,” kata beliau. - TMI 
Kos sara hidup Malaysia melonjak - inflasi, lihat perbandingan!
Roti gardenia di Malaysia berharga RM3.00,
Roti gardenia di England pula berharga £0.59
Jika kita convert dengan duit Malaysia, sudah tentulah harga roti gardenia di England ialah RM2.88 tapi jangan terkejut info yang saya hendak beritahu bahawa, di England rendah inflasinya. Tak percaya? Mari saya buktikan...

1. Kerja car wash di Malaysia mendapat gaji RM600 manakala di England pula £400. Ok, sekarang kita convert matwang England tadi, hasilnya kita mendapati bahawa kerja car wash di England gajinya RM1,954.28 wahh.. banyaknya.

2. Dengan roti yang berharga £0.59, pekerja carwash boleh makan roti setiap hari sebungkus selama sebulan dengan £17.00 (kalau convert wang Malaysia = RM83.05). Ini bermakna pekerja carwash england ada baki £383.00

manakala pekerja car wash Malaysia pula makan roti setiap hari sebungkus selama sebulan dengan belanja RM90.00 dan ini bermakna pekerja car wash Malaysia ada baki RM510.00

3. Sewa rumah di england yang termurah ialah £100.00 ini bermakna pekerja tadi ada baki £283.00

Sewa rumah termurah di Malaysia ialah RM250.00. Baki yang ada tinggal RM260.

4. Rujuk http://www.creditplus.co.uk/, Kereta Proton Impian (Waja) 1.6, deposit £1000.00 kereta second hand bayaran bulanan di England adalah £100 selama 5 tahun, ini bermakna pekerja tadi ada baki £183.00

di Malaysia proton Waja 2nd hand bayarannya muka RM1000, bayaran bulanan RM290 selama 7 tahun, bermakna pekerja carwash ada baki -RM30. Wah, berhutang pula RM30 sedangkan pekerja carwash england masih ada £183.00

5. Jadi, kesimpulannya inflasi Malaysia terlalu tinggi. Pekerja car wash di Malaysia wajib dibayar gaji RM1,954.28 dan bukannya RM600 kerana kos sara hidup Malaysia terlalu mahal!!!

Saya bagi contoh pekerja car wash sebab kalau bagi contoh pekerja kilang, nanti pekerja kilang terasa.. takut mereka buat piket aman pula..

PS: so fikir2lah 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular