“Kerajaan tidak boleh memberi jaminan harga barang api seperti Petrol (RON95), gas dan diesel akan kekal jika harga minyak mentah terus meningkat naik”. Ini adalah petikan dari kenyataan awal bahawa RON 95 akan dinaikkan juga sedikit waktu lagi.
Sekarang ini, harga RON 95 masih kekal pada RM 1.90 seliter.Seperti juga ramai rakyat Malaysia yang tidak mempunyai pendapatan tinggi, kami juga mengharapkan agar RON95 tidak akan naik.Namun adakah kita mempunyai kuasa?
Sekarang ini, harga RON 95 masih kekal pada RM 1.90 seliter.Seperti juga ramai rakyat Malaysia yang tidak mempunyai pendapatan tinggi, kami juga mengharapkan agar RON95 tidak akan naik.Namun adakah kita mempunyai kuasa?
Harga barang sekarang dah sedia mahal.Kalau dinaikkan lagi, kesan negatifnya memang sudah dijangka.Petrol adalah satu keperluan umum buat masa ini, dimana ianya menggerakkan kenderaan kita dari satu destinasi ke satu destinasi.Walaupun harga di negara kita masih rendah berbanding negara jiran,ia bukanlah alasan kukuh untuk menaikkan harga mengikut pasaran kerana apa yang telah kami katakan sebelum ini,tidak wajar menteri-menteri ini membandingkan harga minyak Malaysia dengan negara bukan pengeluar minyak seperti Thailand,Singapura dan juga Vietnam.
Mereka tidak membeli kereta pada harga yang merepek disebabkan cukai kenderaan yang tinggi.Bagi sebuah negara yang membelanjakan sejumlah wang yang besar pada subsidi bahan bakar, Malaysia memang rugi dari satu sudut.Namun, justifikasi harus dinilai mengikut kutipan cukai kenderaan.kalau perbandingan begini dibuat, maka anda akan lihat bahawa julat angka subsidi sebenarnya tidaklah begitu besar.
Benar, cukai kenderaan boleh digunakan untuk tujuan lain,contohnya kebajikan.Maka kebajikan itu adalah dengan mensubsidikan cukai kenderaan kepada subsidi bahan bakar.Pada pandangan kami yang tidak menjawat jawatan Menteri atau memandu kereta Perdana V6 yang ditanggung oleh cukai yang dikenakan terhadap rakyat, isu kenaikan harga petrol ini bukanlah tentang mengubah cara hidup seperti yang disarankan oleh menteri-menteri yang “pandai”.Kalau harga minyak naik, kita disuruh menaiki pengangkutan awam atau mengayuh basikal.
Isu yang paling penting adalah hasil dari kesan domino terhadap kenaikan harga minyaktersebut kepada harga barang-barang keperluan lain.Kalau harga gula naik, kami tak kisah sangat, tapi kalau sampai harga beras, tepung, ayam, ikan, dan banyak lagi barang-barang keperluan dan makanan yang kita perlu jamah setiap hari yang turut sama naik,apa natijahnya?
Kami percaya, jika trend ini tidak berubah,hierarki masyarakat kita akan bertambah buruk dalam masa-masa akan datang.Perdana Menteri menyasarkan negara akan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.Tetapi, apakah maknanya itu semua jika pendapatan per kapita yang meningkat hanya melibatkan peratusan kecil kumpulan masyarakat berpendapatan kelas tinggi?
Agihan kekayaan dalam ekonomi moden seharusnya adil untuk segala lapisan masyarakat.Cakap-cakap mengenai ringgit semakin kukuh sedangkan dolar Amerika semakin merosot, adalah hanya di atas kertas.Anda boleh lihat sahaja harga barang keperluan hari ini.Dalam era ekonomi yang bebas ini, mengenakan cukai yang tinggi kepada rakyat adalah satu contoh bagaimana kerajaan memanipulasi ekonomi untuk melepaskan “tekak” sendiri dan membebankan rakyat.
Kami bukanlah pakar ekonomi.Kami hanyalah rakyat Malaysia yang bercampur-gaul dengan pelbagai golongan masyarakat.Perkembangan ekonomi begini akan memberi impak negatif terhadap hierarki masyarakat.Golongan menengah akan terus dihimpit turun ke golongan miskin manakala golongan elit akan terus memanjat kekayaan.Sampai satu masa nanti, jurang masyarakat kita hanya dipisahkan dari 2 golongan, iaitu yang kaya dan juga yang miskin.
Tanpa golongan masyarakat kelas menengah,inflasi akan menjadi tidak terkawal dan sudah pastinya ia sesuatu yang tidak baik untuk pembangunan sesebuah negara.Kerajaan sewajarnya mengambil sepenuh perhatian sebelum membuat keputusan menaikkanharga minyak.Ianya bukan hanya dinilai dari sudut pertambahan nilai subsidi semata-mata.Ianya tentang kesan domino yang bakal berlaku terhadap kenaikan harga minyak itu sendiri.
P.S. Kami bukan orang senang..Kami hanyalah rakyat yang mahukan perubahan. - beritasemasa
No comments:
Post a Comment