Wednesday, June 15, 2011

Najib janji laksana gaji minimum akhir tahun


KUALA LUMPUR, 14 Jun — Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan melaksanakan gaji minimum menjelang penghujung tahun ini selepas Parlimen meluluskan rang undang-undang majlis perundingan gaji kebangsaan pada sesi yang berlangsung sekarang.
Perdana Menteri(gambar) berkata Kabinet masih menunggu Kementerian Sumber Manusia membentangkan kertas berkaitan sebelum rang undang-undang itu dibentangkan di Parlimen.
“Apabila yang ini (rang undang-undang) diluluskan, maka kita boleh mengadakan majlis perundingan gaji kebangsaan dan (kemudian) boleh adakan gaji minimum akhir 2011,” kata beliau pada majlis makan malam Hari Pekerja anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di sini.
Pengumuman Najib menjawab dakwaan bahawa kerajaan sudah memungkiri janji bahawa rang undang-undang ini akan dibentangkan di Palimen kali ini.
DAP berkata rang undang-undang itu seharusnya dibentangkan pada sesi Parlimen semasa tetapi kertas aturan menunjukkan sebaliknya.
Pentadbiran Najib menyasarkan tahun ini untuk melaksanakan dasar gaji minimum, tetapi berhadapan dengan bantahan majikan. - MK

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular