Saturday, June 18, 2011

BN boros buat rakyat terbeban

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) gagal mengawal perbelanjaan menyebabkan rakyat terbeban akibat pemotongan subsidi barangan keperluan harian. 


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, keadaan itu berlaku berikutan tindakan kerajaan memohon peruntukan tambahan RM13 bilion untuk setengah tahun pertama tahun ini bagi Belanjawan Tahun 2011. 

Menurutnya, kenaikan harga gula, elektrik, gas asli dan diesel dilakukan secara drastik dan tidak membawa kepada sebarang peningkatan terhadap defisit perbelanjaan rakyat. 

“Perbelanjaan tambahan terbesar diperuntukkan kerajaan untuk kementerian kewangan serta sektor perkhidmatan sosial berjumlah RM 6 bilion dan RM 3.62 bilion. 

“Segelintir pihak menyoal mengapa tiada sebarang pembaharuan dalam sistem kewangan negara berikutan terpaksa membayar lebih bagi penggunaan diesel, gula dan kegunaan asas yang lain,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. 

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, Penjana Tenaga Bebas (IPP) menerima manfaat terbesar daripada RM131.3 bilion subsidi gas hasil perjanjian pembelian tenaga yang ditandatangani dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB). 

“TNB tentunya tidak akan menaikkan tarif elektrik dengan subsidi yang sangat besar ini. 

“Tetapi, subsidi berjumlah RM 5.4 bilion dinikmati TNB menyebabkan agensi swasta itu didesak membeli jana kuasa tidak diperlukan dengan harga tinggi dan hasilnya menguntungkan pihak lain,” katanya.: 

Menurutnya, situasi itu menyebabkan Malaysia mengalami margin simpanan elektrik yang tertinggi di dunia iaitu 52.6 peratus pada tahun 2010. - SH


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular