Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan bersetuju dengan pandangan jawatankuasa fatwa Perlis yang menegah pembinaan tugu 1Malaysia.
"Kita setuju apa pandangan yang diberikan oleh mufti (Perlis) supaya ada unsur-unsur pemujaan, supaya tidak kita wujudkan.
Diminta menghuraikan pendiriannya secara lebih lanjut, Jamil Khir berkata: "Kita tidak buat tugulah, kalau kita ikut pandangan mufti".
Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar selepas melawat Surau An-Najah di Taman Batu Muda, Gombak di ibu negara.
Jawatankuasa itu sebelum ini berpendapat tindakan kerajaan membina tugu 1Malaysia adalah ditegah kerana ia mengandungi unsur penghormatan, yang dikhuatiri boleh menjurus kepada pemujaan al-ansab (berhala).
Menurut fatwa itu, tegahan itu dibuat berdasarkan ayat 90 dalam surah al-Maidah yang menyebut bahawa arak, judi dan menyembah berhala adalah amalan syaitan dan mestilah ditegah.
Tegahan juga berdasarkan kaedah Sadd al-Zara'i (menutup pintu kemudharatan) bagi memelihara kemurnian akidah, sebagaimana larangan Nabi Muhammad terhadap tindakan sahabat yang ingin menjadikan pokok Zat Anwath sebagai tempat berkumpul.
Jika sungguh bagai dikata, kita minta Menteri tersebut kemukakan kepada kerajaan agar semua tugu-tugu 1Malaysia yang telah dibina itu diruntuhkan segera.
Ada berani menyatakan kebenaran tersebut?
No comments:
Post a Comment