Banyak orang yang membaca dialog kartun yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun lalu bersetuju bahawa kartun itu menghina ulama dan hukum hudud. Watak ulama yang digambarkan dalam kartun itu seolah-olah ulama yang bebal dalam mengenal pasti hukum untuk sesuatu perkara.
Ulama itu digambarkan sebagai ulama yang tidak dapat membezakan antara rogol dengan jenayah. Pemahaman ulama itu menzalimi pengadu dan dialog itu menggambarkan kepada umum betapa teruknya hukum Islam.
Seperkara lagi, dalam dailog kedua, kartunis ini cuba menggamabarkan bahawa pita video adalah salah satu bukti untuk menjadi bukti kes rogol. Saya mahu bertanya, SIAPAKAH DALAM DUNIA INI BERJAYA MERAKAM AKSINYA SEDANG DIPERKOSA OLEH PEROGOLNYA? Di mana logiknya dialog ini?
Sebenarnya, Utusan dengan sengaja mahu menyindir Anwar Ibrahim berkaitan dengan isu video seks fitnahnya. Dalam masa yang sama, Utusan mahu menyindir PAS kerana enggan menerima video seks itu sebagai bukti untuk mengaitkan Anwar Ibarhim dengan fitnah zina. Untuk tujuan itu, ulama dihina dan hukum Islam dipermain dan diperbodohkan dengan sedemikian rupa.
Itu realitinya.
Hari ini Utusan dengan menggunakan tulisan pendapat yang disiarkan di Malaysia Kini cuba membersihkan dosanya. Lapor Utusan, Karikatur Tidak Hina Islam hanya semata-mata berpandukan artikel seorang lulusan universiti Timur Tengah yang disiarkan di MK. Artikel agak mengelirukan. Saya curiga dengan tulisan penulis yang dikenali Shamsul Muda. Kata penulis artikel di Benarkah Kartun Utusan Mempersendakan Islam? diMalaysia Kini itu:
Apatah lagi bila pelukis kartun itu sendiri tidak beranggapan bahawa 'kemestian mangsa rogol mengemukakan empat saksi ketika membuat aduan rogol', adalah merupakan hukum Islam.Buktinya, perkara itu dipersendakannya di bawah tajuk 'kekeliruan kes rogol'. Maksudnya, pelukis menganggapnya sebagai satu kekeliruan, bukan hukum Islam sebenar.Kesimpulannya, sebenarnya tiada apa-apa isu berkaitan kartun itu. Ini kerana ia tidak mempersenda hukum Islam. Ia hanya mempersenda tanggapan dan kefahaman manusia-yang telah terbukti salah-tentang hukum Islam.Bahkan, boleh diterima jika dikatakan bahawa semua pihak wajar 'berterima kasih' kepada pelukis dan penyiar kartun itu kerana telah memberi sumbangan dalam mengikis kefahaman salah masyarakat berhubung hukum Islam.
Saya juga agak curiga tentang tujuannya menghantar artikel itu ke Malaysia Kini dan bukannya Utusan sedangkan tulisannya jelas membelas Utusan. Mengapa dia tidak menghantar artikel itu ke Utusan? Mungkin, sasaran artikel itu untuk penyokong PR yang menjadikan MK sebagai portal bacaan utama. Lagi pelik, Utusan memetik tulisan penulis itu daripada Mk bagi meyakinkan pembaca khususnya pak cik dan mak cik yang kini sudah berasa "marah" dengan lidah UMCO itu.
Anda tidak bersetuju dengan saya? Terpulang. Baca dialog kartun lahanat itu berulang kali, anda akan faham maksud saya dan niat di balik penyiaran kartun itu. - GB
No comments:
Post a Comment