Monday, April 25, 2011

Gambar Pokok Berwajah Manusia Di Gunung Keriang... (",)

Baru2 nie penduduk kat sekitar Gunung Keriang digemparkan dgn penemuan pokok yg menyerupai wajah manusia, siap masuk Buletin Utama lagi benda nie. 


Petikan berita sinar harian:
Pokok yang dikenali dengan ‘pokok sabun’ oleh masyarakat setempat itu dipercayai menyerupai bentuk wajah manusia sejak seminggu lalu dan dikatakan menjadi lokasi aktiviti pemujaan.


Pengunjung, Muhammad Azwan Mansor, 24, berkata, pengunjung tidak dapat melihatnya secara jelas melalui mata kasar malah, mereka perlu mengambil gambar dan objek itu akan kelihatan lebih jelas menerusi gambar yang diambil.



Menurutnya, pelbagai andaian yang dibuat apabila melihat wajah yang timbul pada bahagian pemeluk pokok itu namun, terpulang kepada kepercayaannya masing-masing.



“Ada yang menyatakan ia sekadar ukiran namun, bagi saya ia mungkin terbentuk daripada rekahan kulit pokok itu sendiri,” katanya.
Nie la gambar pokok yg dikatakan menyerupai manusia tue...
Tapi biasa la, kalo ada benda pelik2 cmni mesti la ada aktiviti pemujaan nombor ekor dan perkara2 khurafat yg lain. Tak abis2 nak mintak nombor ekor kalo ada yg pelik2, hampeh btol. Taubat2 la ye, byk2 la p masjid malam2, bukannya p kat pokok nie Nyangkung mintak nombor... BB

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular