Sunday, July 21, 2013

Panas!! SPR Memalukan Najib?...

Sah SPR Tidak Saman Rafizi? Ini Memalukan BN Yang Bermatian Pertahan SPR...
SPR masih fikir sama ada mahu saman Rafizi

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, ia masih memikirkan sama ada akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berhubung dakwaan berkaitan dengan pembekal dakwat kekal untuk pilihan raya umum ke-13.

"Tak apalah jika (Rafizi) mahu mengatakannya pada bulan puasa, biarlah dia menghadapi akibatnya.

"Kita tidak ada masa untuk melayan orang yang menabur fitnah," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dalam sidang akhbar di Gong Kedak Pangkalan Tentera Udara hari ini selepas memantau proses pengundian awal.

Beliau diminta mengulas dakwaan Rafizi di Parlimen bahawa beliau dan penerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mempunyai hubungan rapat dengan pembekal dakwat kekal bagi pilihan raya umum lepas, di mana ramai pengundi kemudian mengadu ia boleh dibasuh dengan mudah.

Rafizi kemudian mengulangi tuduhan di luar Parlimen, di mana dia tidak dilindungi oleh imuniti parlimen daripada tindakan undang-undang.

Wan Omar berkata, tuduhan tersebut tidak benar sama sekali dan menganggapnya sebagai satu fitnah dan pembohongan.

Katanya, beliau dan Abdul Aziz tidak mengendalikan perolehan itu secara langsung, tetapi sebaliknya, tugas itu diamanahkan kepada urusetia dan Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Baria.

Katanya, mereka mematuhi sepenuhnya arahan perbendaharaan dan setiap pegawai bertanggungjawab.

SEBELUM INI SETIAUSAHA SPR MENAFIKAN MENGENALI PEMBEKAL DAKWAT KEKAL....JADI SIAPA YANG BERKUASA UNTUK BERURUSAN PERLANTIKAN PEMBEKAL.....?

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli boleh membuat apa-apa dakwaan di Dewan Rakyat kerana mempunyai kekebalan sebagai anggota Parlimen, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Kamaruddin Baria.

Kamaruddin turut menafikan beliau mengenali pembekal dakwat kekal, Mohamed Salleh Md Ali yang dikatakan rapat dengan kepimpinan tertinggi badan pengendali pilihan raya itu seperti didakwa Rafizi.

Beliau juga enggan mengulas lanjut apabila diajukan pertanyaan berhubung latar belakang Mohamed Salleh.

"Saya tidak mahu jawab. Saya tidak kenal siapa Mohamed Salleh,” kata Kamaruddin ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam. LAPORAN PENUH SINI
“Rujuk direktori jika mahu menghubunginya," katanya. pkrl

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Demo LoNie

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular