Wednesday, July 24, 2013

Sape kata BN TIDAK Tunai Janji? ni Bukti nya!!

Tarif elektrik naik selepas Jun 2013?
Cuba tengok apa menteri dan media massa momokkan ke kita sebelum ni ; 

Tak naik sekarang maksudnya akan naik juga pada masa akan datang selepas semakan tarif dibuat? Ada kemungkinan tue betul tak? Boleh jadi akan naik atau tidak akan naik pada june 2013 tetapi tiada jaminan bahawa dia tidak akan naik, betul tak?

Tiada jaminan bahawa mereka takan naikkan tarif elektrik ketika itu. Selepas pru, taktik dorang ialah dorang akan naikkan segala2nya. Dan dorang selalu gunakan taktik yang sama sebab dorang fikir selepas 5 tahun majoriti rakyat akan lupa dan guess what? Memang ada rakyat yang lupa "budi bien" selepas 5 tahun.

Oleh itu jangan la berbangga sakan kalau baca berita di atas. Tarif elektrik takan naik konon. Hak tuih. Naik, cuma tatau bila. Tue baru betul. -sumber

Tarif Elektrik Naik : Rakyat Terbeban, Kroni Terus Raih Untung
SHAH ALAM, 20 JULAI : Hasrat Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuat semakan naik terhadap tarif elektrik di negara ini disifatkan bukan sesuatu yang pelik, sebaliknya sudah dijangka sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lagi, kata Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Tian Chua ketika dihubungi TV Selangor mendakwa, antara punca berlakunya kenaikan tarif elektrik saban tahun adalah disebabkan oleh perjanjian antara ‘syarikat kroni’ atau Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) bersama TNB sehingga menjadikan syarikat utiliti kuasa negara itu dibebani dengan kos yang terlalu tinggi.

Ekoran perjanjian itu katanya, syarikat kroni berkenaan mengaut untung yang besar di mana akhirnya TNB terpaksa menggunakan alasan mengalihkan bebanan kos yang tinggi itu kepada pengguna.

“Syarikat kroni ini menerima subsidi daripada Kerajaan Pusat dan akhirnya meraih keuntungan yang besar, namun menyebabkan TNB terbeban dengan kenaikan kos yang tinggi dan mengalihkannya kepada pengguna.

“Kerajaan membuat sususan begitu apabila memberi kuasa kepada IPP yang mana berbalik kepada TNB dan kembali kepada rakyat.

“Ini adalah sistem kroni yang diamalkan Umno-BN sejak dahulu lagi,” katanya ketika mengulas kenyataan Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie bahawa pihaknya berkemungkinan akan membuat semakan semula ke atas tarif elektrik ekoran hasrat Kerajaan Pusat untuk mengurangkan subsidi bagi tenaga elektrik.

Moggie berkata, kerajaan telah memberikan subsidi tarif yang besar sekarang khususnya bagi gas.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Demo LoNie

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular