Wednesday, November 7, 2012

UMNO Halalkan Murtad Di Wilayah Persekutuan


Nurul Izzah telah dijadikan bahan fitnah dan nista oleh UMNO berkenaan dengan isu mutad.
Nurul Izzah cuma membaca terjemahan ayat Quran yang berbunyi "Tiada paksaaan dalam agama..." tetapi wartawan yang melapor tersalah faham serta ingatkan itu adalah kenyataan umum Nurul Izzah. Maka, media2 telah membuat silap melaporkan kononnya Nurul Izzah menyokong murtad.
Sewaktu Natrah dimurtadkan, UMNO cuma berpeluk tubuh dan berdiam diri

Soalnya sekarang, bagaimanakah dengan rekod buruk UMNO sendiri di dalam menangani murtad?

Rekod UMNO menyokong murtad bermula sejak zaman 50an lagi dengan peristiwa Natrah lagi. Apabila Natrah dimurtadkan oleh British pada 1950, UMNO cuma berpeluk tubuh dan berdiam diri.

Yang menganjurkan protes menentang permurtadan Natrah adalah mantan Presiden PAS, Dr Burhanuddin Helmi serta Karim Ghani. Tiada seorang pun pemimpin2 UMNO pada masa itu yang merengkok dalam penjara kerana memperjuangkan murtadnya Natrah.

Lagi bukti jelas adalah adalah Akta Jenayah Syariah 1997 untuk Wilayah Persekutuan. Akta tersebut diluluskan oleh UMNO dan ditulis oleh UMNO. Ia adalah hasil usaha kerja tangan UMNO semata-mata dan tiada siapa lagi.

Di dalam Akta yang dihasilkan oleh UMNO 100% tersebut TIDAK MENYATAKAN MURTAD SEBAGAI KESALAHAN JENAYAH DI WILAYAH PERSEKUTUAN.

Dengan kata lain, murtad di Wilayah Persekutuan adalah HALAL. Mana-mana orang Islam yang MURTAD di Wilayah Persekutuan TIDAK BOLEH didakwa di Mahkamah Syariah dan dihukum. Mereka bebas murtad sesuka hati mereka tanpa boleh diambil tindakan oleh JAWI.

Kita juga mesti ingat, yang meluluskan Akta ini adalah UMNO. Bukan Ambiga, Harris, paderi Kristian ataupun sesiapa sahaja. Ianya adalah kerja tangan UMNO semata-mata.

Jelas, perjuangan menentang murtad oleh UMNO ini hanya satu sandiwara, drama dan lakonan. Mereka sendiri menjadi penyokong dan pendokong murtad nombor satu di Malaysia. Mereka jelas tidak serius menangani isu murtad.

Sepanjang kewujudan UMNO kita lihat UMNO menjajai fahaman "Politik Suku, Agama Suku". Sekaligus menyesatkan jutaan umat Islam di Malaysia dengan ajaran yang berlawanan dengan Islam ini. Tidakkah ini satu tindakan yang membawa kepada murtad?

Jangan lah kita terpedaya dengan lakonan-lakonan mereka ini. - TULANG BESI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular