Sunday, November 4, 2012

Bermodalkan RM10, Syarikat Milik Pengerusi MCA Mendapat Tanah Seluas 1,014 Hektar

rafizi_ramli3
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mendedahkan syarikat milik Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Senator Datuk Dr Yeow Chai Thiam telah mendapat tanah hutan simpan berkeluasan 1,014 hektar dengan hanya bermodalkan RM10.

Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli (gambar) memberitahu tanah itu telah diluluskan dalam mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Sembilan pada 3 Mac 2004.

"Walaupun nama syarikat ini memberi gambaran seolah-olah ia sebuah syarikat usahasama dengan Yayasan Negeri Sembilan, carian rasmi dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia mengesahkan bahawa ia dimiliki dan dikawal oleh Senator Dr Yeow Chai Thiam.

"Mesyuarat kerajaan Negeri Sembilan telah meluluskan permohonan dari Yayasan Negeri Sembilan untuk meminda keputusan pemberi milikan tanah seluas 1,014 hektar di Mukim Serting Ulu, Daerah Jempol bagi tujuan ladang getah kepada sebuah syarikat bernama ASLI-YNS Sdn. Bhd.," katanya pada sidang di Ibu Pejabat PKR di sini.

Dr-Yeow-Chai-ThiamBeliau juga memberitahu tindakan Dr Yeow (kanan) yang hanya melabur sebanyak RM5 di dalam syarikat tersebut amat memalukan.

Rafizi turut menjelaskan beliau akan menunggu reaksi Menteri Besar Negeri Sembilan sebelum mengambil tindakan susulan.


"Lebih memalukan apabila pelaburan Senator Datuk Dr Yeow Chai Thiam di dalam syarikat ini hanyalah berjumlah RM5 dari modal keseluruhan RM10.


"Saya menunggu reaksi seterusnya dari Datuk Seri Mohamad Hassan sebelum mengambil tindakan lain mengenai penyelewengan tanah yang menguntungkan pimpinan Barisan Nasional yang memualkan ini," tambah beliau lagi.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan sebelum ini memberitahu bahawa tanah-tanah hutan simpan di Negeri Sembilan tidak pernah dipindahmilik kepada swasta dan kekal dimiliki oleh Yayasan Negeri Sembilan.

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular