Friday, November 9, 2012

RM40 juta: Mengapa Musa Aman diam membisu ?


KOTA KINABALU: Insiden cubaan seludup RM40 juta sebagai dana untuk UMNO Sabah adalah bukti jelas bahawa Barisan Nasional (BN) tidak boleh lagi dipercayai untuk terus mentadbir Malaysia, demikian kata Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu, Dr Hiew King Cheu.

“Sudah tiba masanya untuk Malaysia berubah dan membuang pengurusan yang teruk ini,” ujar beliau dalam kenyataan medianya semalam sambil mempersoalkan kenapa Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman tidak langsung bersuara mengenai isu RM40 juta itu...

Menurut beliau, jumlah wang yang besar itu telah membangkitkan persoalan besar di seluruh negara, namun kisah sebenarnya tidak juga diperjelaskan sehingga ke hari ini, malah menimbulkan spekulasi kononnya wang berkenaan adalah hasil pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan pembalakan, rasuah dan akhirnya menjadi ‘sumbangan politik’ untuk parti UMNO.

Dr Hieu turut mempertikai kenapa RM40 juta dalam matawang Singapura ini dimasukkan ke dalam beg pakaian untuk dibawa keluar dari Hong Kong sedangkan pemindahan wang itu boleh dilakukan secara normal menggunakan kaedah perbankan moden.

‘Ada ura-ura mengatakan wang ini dikaitkan dengan Datuk Musa Aman, namun dengan tiba-tiba ia menjadi sumbangan kepada UMNO setelah begitu banyak siasatan dilakukan untuk bertahun-tahun lamanya,” ujar Dr Hieu, menambah bahawa wang itu tidak pun diisytihar sebagai derma politik dan mendesak supaya Musa Aman membuktikan akauntabilitinya dengan memaklumkan kepada umum mengenai wang terbabit.

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular