Monday, November 5, 2012

Paling Gempa!!! Isu Hina Islam .. Pencacai UMNO "Checkmate" .. Hang Nak Kata Apa Lagi??? +Video

DAP berjanji akan pertahankan Islam, jika Islam dihina
BERUCAP di hadapan puluhan ribu rakyat yang terpaksa berhujan di dataran Taman Seremban Jaya, Seremban Negeri Sembilan 3 November, Ketua Pemuda DAP berjanji bahawa parti itu akan mempertahankan Islam, jika Islam dihina.

"Politik di Malaysia sudah masuk era baru di bawah Pakatan Rakyat, pada hari ini kalau agama Buddha dihina, saya yakin pemimpin PAS akan pertahankan"

"Kalau agama Hindu dan agama Kristian dihina, pemimpin PKR akan pertahankan"

"Kalau agama Islam dihina, DAP akan pertahankan" kata beliau.

Beliau turut mengulangi kenyataannya sebelum ini di parlimen mengecam presiden parti komponen Barisan Nasional, MCA Chua Soi Lek sambil mempertahankan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.

"Saya nak ulang sekali lagi, pada malam ini di depan tuan-tuan dan puan-puan saya nak kata, Chua Soi Lek adalah presiden MCA yang paling biadap sekali" kata beliau sambil mempamerkan kemarahannya.

Ketua Pemuda DAP itu mengecam Chua Soi Lek kerana menyokong kenyataan senator Heng yang mendakwa Tuan Guru Nik Aziz membenarkan orang Islam untuk merogol orang-orang bukan Islam.

Saksikan video yang tentunya tidak akan pernah disiarkan di dalam Buletin Utama TV3 kerana tidak selari dengan propaganda media kawalan Umno itu yang menyifatkan DAP sebagai parti anti Islam. Klik SINI untuk tonton Video.. 

Admin : Pencacai UMNO Nak Kata Apa Lagi??? Hang Pa dgn Najib duk Pertahan MCA tu ape cite???

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular