Friday, August 3, 2012

Tema Hari Kebangsaan ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ Seru Rakyat Bersatu +Video

SHAH ALAM 3 OGOS: Tema Hari Kebangsaan ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ yang diumumkan Pakatan Rakyat(PR) merupakan sebuah tema yang mengajak semua rakyat bersatu dalam sebuah negara merdeka. Demikian menurut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang medianya di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya semalam.

Selain itu beliau turut menganggap pengumuman tema Hari Kebangsaan oleh PR itu sebagai satu cabaran kepada pemimpin negara yang menggunakan pendekatan kepartisan mereka. “Bagaimana kamu katakan moto kami yang menggesa ke arah satu negara, satu jiwa sebagai memecahbelahkan? “Ini cabaran kepada pimpinan Umno-BN untuk mempertimbangkan kembali pendekatan partisan mereka,” kata beliau. 


Beliau juga berkata, bahawa beliau bersedia menasihati negeri di bawah pentadbiran PR agar menggunakan tema baru sekiranya kerajaan pusat memindanya. 


Selain itu, Timbalan Presiden, Mohammad Sabu pula memberitahu TVS bahawa tema yang diumumkan oleh pengerusi bersama BERSIH, Datuk A Samad Said sebagai tema yang mampu dijiwai oleh rakyat negara ini. “Saya dapat lihat, slogan baru yang diperkenalkan ini memiliki jiwa seperti mana usia 55 tahun kemerdekaan. “Ia gambaran jelas menunjukan kemahuan rakyat kita yang mahu kekal bersama antara satu sama lain. “Jauh lebih baik, slogan ini tak mencerminkan kempen mana-mana parti politik, tetapi kempen cintai negara,” ujar beliau ketika dihubungi. 


Sementara itu, Pengarah Publisiti DAP, Tony Pua pula mengiktiraf slogan yang diperkenalkan Pakatan Rakyat itu berbanding ‘Janji Ditepati’ yang dimumkan sebelum ini. Bagaimanapun slogan tersebut mendapat reaksi kecaman dari pelbagai pihak yang mendakwa slogan tersebut juga merupakan slogan kempen pilihan raya BN. “Tema yang diberikan ini baru betul menggambarkan sambutan Hari Kemerdekaan. “Tema ‘Janji Ditepati’ bermakna bukanlah sambut Hari Kebangsaan tetapi BN mahu rakyat menyambut Hari BN,” ujar Tony. - Selangorku

NONE

2 tema merdeka tak pecah belah, kata PKR

Mengunakan tema yang berbeza untuk sambutan Hari Kebangsaan di negeri-negeri Pakatan Rakyat tidak akan memecah belahkan kerana tema sedia ada sudah mewujudkan keadaan berpuak-puak, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

"Bagaimana kamu katakan moto kami yang menggesa ke arah satu negara, satu jiwa sebagai memecahbelahkan? "Ini cabaran kepada pimpinan Umno-BN untuk mempertimbangkan kembali pendekatan partisan mereka," katanya. Katanya, setakat ini tiada sebarang keputusan untuk negeri Pakatan menggunakan tema alternatif "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" yang diumumkan Sasterawan Negara A Samad Said semalam. 

Bagaimanapun, kata Anwar, beliau bersedia menasihatkan Pakatan menggunakan tema baru oleh kerajaan BN sekiranya tema sedia ada Janji Ditepati diubah. Samad sebagai pengerusi jawatankuasa pemilihan tema kemerdekaan alternatif Pakatan semalam mengumumkan "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" untuk menggantikan tema "Janji Ditepati" oleh kerajaan BN. 

Katanya, walaupun kerajaan belum tentu akan menerimanya, mereka harus tahu bahawa ia "datang daripada rakyat" dan diperhalusi daripada 250 cadangan yang diterima. Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali pula berkata, Pakatan akan memutuskan keperluan mengadakan sambutan kemerdekaan berasingan dengan tema alternatif sekiranya Pusat enggan menukar tema sedia ada. - Mk
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular