Monday, July 30, 2012

Wilfred Bumburing keluar BN, Sertai Pakatan +Video

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Bumburing, hari ini mengisytiharkan keluar dari Barisan Nasional (BN) dan menyertai Pakatan Rakyat (PR) melalui parti Angkatan Perubahan Sabah yang baru diumumkan penubuhannya hari ini.

Ahli Parlimen Tuaran itu juga berkata beliau akan menjelajah ke seluruh negeri Sabah untuk membantu PR memenangi negeri itu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. 

Antara punca beliau keluar dari BN ialah kerana kegagalan kerajaan Pusat dan kerajaan negeri memantau pendatang tanpa izin. “Ini adalah ibu bagi segala masalah yang ada dalam negeri Sabah,” kata Wilfred yang berucap melalui siaran langsung dari laman web UStream TV Merdeka Rakyat. 

Situasi ini pasti menggerunkan regim Umno berikutan dua pemimpin berpengaruh di Sabah dalam dua hari berturut-turut, meninggalkan BN dan menyokong Pakatan Rakyat. Semalam, Timbalan Menteri Kabinet, Datuk Seri Lajim Ukim meletak semua jawatan dalam Umno dan menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat, diikuti Wilfred pada hari ini. Wilfred juga adalah Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), sebuah parti komponen BN Sabah.

Sebelum ini, beliau pernah menyertai parti Pertubuhan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu (PASOK) dan Parti Bersatu Sabah (PBS). Beliau juga adalah Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dilancarkan Tengku Razaleigh Hamzah pada 22 Julai 2011.

Pada pilihan raya umum (PRU) 2008, Wilfred menang dengan undi sebanyak 17,645 menewaskan calon KEADILAN, Ansari Abdullah dan calon Bebas, Ajin Nazin Gagah.
Anwar Sifatkan Wilfred Dan Lajim Pencetus Politik Sabah! 
Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menyifatkan penyertaan dua pemimpin berpengaruh di Sabah, sebagai titik peralihan dalam senario politik negara kali ini. Ketua Pembangkang itu berkata, kesabaran rakyat sudah memuncak manakala pemimpin dalam BN sendiri sudah bosan dipermainkan pucuk pimpinan. “Ini turning point (titik peralihan) dalam politik negara. Kali ini, kita akan bantu kemenangan Pakatan dengan menumbangkan BN,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Angkatan Perubahan Sabah (APS) di Tuaran di sini, hari ini, yang dihadiri kira-kira 10,000 orang. APS yang diterajui Wilfred Bumburing adalah gerakan masyarakat Kadazan-Dusun-Murut (KDM) yang menyokong Pakatan Rakyat untuk mentadbir Sabah dan memerintah Malaysia. 

Terdahulu, Wilfred pada majlis sama mengisytihar keluar dari BN dan menyokong Pakatan. Selepas majlis itu, Anwar akan bertolak ke Beaufort untuk menghadiri majlis pelancaran Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang diterajui Lajim Ukim. Lajim – Ahli Parlimen Beaufort dan Timbalan Menteri Kabinet, mengumumkan peletakan semua jawatan dalam Umno dan menyatakan sokongannya kepada Pakatan Rakyat malam tadi. Sekaligus mencalar imej Perdana Menteri Najib Altantuya yang tidak berani datang ke Sabah sebaliknya mengarahkan timbalannya, Muhyiddin Yassin memantau keadaan di sana tetapi malangnya misi tersebut gagal dan pulang ke Kuala Lumpur malam tadi juga. 

Apa yang menarik untuk diperhatikan adalah, penyertaan Wilfred dan Lajim ke dalam entiti Pakatan Rakyat atas platform masing-masing membuktikan tsunami politik akan terus membadai politik Sabah dengan beberapa nama besar lain seperti Osu Sukam, Joseph Pairin Kitingan dan pemimpin suku kaum Bajau berkemungkinan besar akan menurut jejak langkah mereka. 

Najib Altantuya setiap kali terbang ke Sabah hanya tahu berjanji dan mengumumkan projek untuk kroni, sebaliknya dia gagal memahami hasrat rakyat negeri ini yang mahukan satu penyelesaian konkrit terhadap satu isu yang membelenggu mereka sejak 30 tahun lalu - Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Perletakan jawatan dua pemimpin veteran Barisan Nasional (BN) Sabah dari parti tersebut memberikan tamparan hebat pada ketika parti pemerintah itu sudah bersiap-sedia untuk pilihan raya umum (PRU) ke-13. 

"Episod terkini pemberontakan terbuka pemimpin BN Sabah tidak menyenangkan Najib yang selama ini mendakwa Sabah adalah 'simpanan tetap' BN. “Kejatuhan BN akan datang lebih cepat daripada kemudian dan tidak dapat dielakkan," kata setiausaha publisiti kebangsaan DAP Tony Pua. Sebentar tadi bekas timbalan ketua menteri (TKM) Sabah, Wilfred mengisytiharkan keluar dari Barisan Nasional (BN) dan akan menyertai Pakatan Rakyat (PR) dipercayai melalui Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang baru ditubuhkan. 

Semalam, timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan, Lajim yang juga ahli majlis tertinggi Umno meletakkan semua jawatan dalam Umno dan BN. Kedua-dua ahli politik itu menubuhkan gerakan politik baru yang mesra PR — Bumburing melancarkan APS di Tuaran manakala Lajim akan melancarkan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) di Beaufort petang nanti. Menurut Pua, Bumburing dan Lajim telah kecewa dan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Najib Altantuya sebagai pengerusi BN. “Kekuasaan Najib Altantuya semakin goyang setiap hari, terutamanya selepas menangguhkan pilihan raya yang sepatutnya diadakan tahun lepas lagi,” kata Pua kepada The Malaysian Insider hari ini. Adalah dipercayai hasrat dan pandangan Lajim langsung tidak didengar Najib Altantuya yang tidak bersungguh mahu menyelesaikan masalah PATI melalui penubuhan Suruhanjaya Diraja Bebas (RCI) sejak Oktober tahun lalu tetapi gagal dilaksanakan sehingga ke hari ini.  

Walaupun Lajim dikatakan rapat dengan Naib Presiden Umno-APCO, Shafie Apdal yang bernafsu besar menjadi Ketua Menteri menggantikan musuh ketatnya Musa Aman, ia tidak lagi dianggap sebagai sesuatu yang sukar buat Anwar mengemudi kelibat Lajim kerana beberapa perkara penting sudah dipersetujui termasuk terma dan syarat selepas Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan persekutuan kelak. Begitu juga dengan Wliferd yang turut menandatangani perjanjian dengan Anwar yang mewakili Pakatan Rakyat dalam majlis petang tadi di sebuah restoran di Tuaran yang dihadiri lebih 10 ribu penduduk setempat yang teruja dengan penyertaan pemimpin mereka bersama dengan kerajaan menanti itu. 

Najib Altantuya kini dikatakan sangat terdesak mempertahankan simpanan tetapnya di Sabah walaupun laporan Bernama malam tadi kununnya beliau tenang dan sudah menduga tindakan Lajim sebagai sesuatu yang perlu dijadikan cabaran buat BN menafikan hasrat Pakatan Rakyat amnya. Cadangan pembubaran parlimen yang dijangka pada bulan hadapan dan pilihanraya umum pada September pasti akan dikaji semula kerana jika tersilap langkah, Najib Altantuya akan menjadi bukan setakat perdana menteri paling singkat dalam sejarah tetapi langsung tidak memperolehi mandatnya sendiri sepanjang memegang jawatan tersebut! - Jalan Pulang

Video streaming by Ustream (Video) DSAI di Tuaran, Sabah - Perubahan politik Sabah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular