Friday, August 3, 2012

George Kent bohong dan menghina proses bidaan

Dokumen buktikan George Kent bohong, kata Rafizi Pengarah Strategi PKR 
Rafizi Ramli menyangkal dakwaan syarikat pembinaan George Kent bahawa usahasamanya dengan Lion Pasific tidak pernah gagal penilaian teknikal dan kewangan dalam bidaannya untuk projek sambungan LRT Ampang.

Dalam satu kenyataan hari ini, Rafizi berkata dalam satu surat bertarikh 20 Januari, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Shahril Mokhtar telah menyatakan bahawa Konsortium George Kent - yang turut melibatkan syarikat-syarikat antarabangsa, Wijet dan Thales - telah "gagal dalam penilaian kewangan". 

Surat tersebut, yang mana salinannya disertakan bersama kenyataan Rafizi, secara khusus menyebut bahawa George Kent-Lion Pacific Venture telah "gagal dalam penilaian, sama ada teknikal atau kewangan". 

Ringkasan penilaian keseluruhan bidaan mendapati George Kent tidak memenuhi syarat-syarat kontrak, kata Rafizi. Mk 

George Kent menghina proses bidaan dan perolehan negara.
Sebuah kereta api LRT dicat dengan kandang penyewaan baru Rapid. — Foto fail KUALA LUMPUR, 

Rafizi Ramli: Semua fakta diangkat ke peringkat tertinggi Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan. — Foto fail 
3 Ogos — Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli menyatakan, kenyataan pengarah eksekutif George Kent, En Cheong Thiam Fook yang mendakwa konsortium tersebut lulus penilaian teknikal dan kewangan dalam bidaan sebagai menghina proses bidaan dan perolehan negara. 

Menurut Rafizi, kenyataan Cheong itu terang-terang membelakangkan laporan penilaian rasmi yang digunapakai oleh kerajaan dalam menentukan kontraktor bagi kerja-kerja tambahan sistem LRT Laluan Ampang. “Malah, Encik Cheong Thiam Fook dan George Kent telah berbohong apabila beliau mengeluarkan kenyataan-kenyataan berikut: “
1. Bahawa Konsortium George Kent-Lion Pacific telah LULUS penilaian kewangan. “

2.Bahawa Konsortium George Kent-Lion Pacific telah MEMATUHI semua syarat-syarat kontrak. “

3. Bahawa Konsortium George Kent-Lion Pacific telah LULUS semua syarat teknikal,” kata Rafizi dalam sebuah kenyataan yang diemailkan kepada The Malaysian Insider sebentar tadi. 

Menurut Rafizi, pembohongan ini dibuat bertujuan untuk mengabui mata rakyat Malaysia tentang wujudnya unsur-unsur rasuah dan kronisme. 

“Konsortium George Kent dan rakan-rakan karib mereka dalam pentadbiran Umno/Barisan Nasional percaya dengan propaganda media yang berterusan, mereka dapat meyakinkan rakyat bahawa tidak ada unsur rasuah dan penyelewengan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam memastikan konsortium itu mendapat kontrak,” katanya lagi. 

Rafizi menyertakan fakta-fakta yang membuktikan pembohongan George Kent berserta susur galurnya. “Dalam satu surat bertarikh 20 Januari 2012, Dato’ Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana telah mengemukakan ringkasan penilaian keseluruhan bidaan (penilaian teknikal, penilaian kewangan dan pematuhan kepada syarat-syarat kontrak) kepada Kementerian Kewangan bersama-sama cadangan lantikan untuk diluluskan Kementerian Kewangan. “Bidaan oleh George Kent dibuat melalui Konsortium George Kent-Lion Pacific yang turut melibatkan syarikat-syarikat Wijet dan Thales dari luar negara. Bidaan ini dilabelkan sebagai bidaan 3 dari 8 pembida (3/8). 

“Ringkasan penilaian keseluruhan bidaan (salinannya disertakan bersama) dengan secara jelas menunjukkan bahawa Konsortium George Kent hanya mendapat markah 8.7 daripada 30 markah keseluruhan bagi penilaian kewangan. Oleh itu, Prasarana telah memutuskan bahawa George Kent GAGAL dalam penilaian kewangan. “Ringkasan penilaian keseluruhan bidaan juga menyatakan bahawa George Kent TIDAK MEMATUHI syarat-syarat kontrak. 

Malah, ia membuat permohonan agar beberapa syarat seperti ‘bayaran ganti rugi kerosakan akibat gangguan’ (atau Agreed Disruption Damages) disemak kembali. “Pada markah teknikal 38.62 dari 70 markah keseluruhan, George Kent berada di tempat ketiga tercorot dalam penilaian teknikal. Malah, di dalam laporan penuhnya, Perunding Halcrow dengan secara jelas menyatakan bahawa ia tidak yakin Konsortium George Kent boleh melaksanakan projek itu,” kata Rafizi. Menurut Rafizi, kesemua fakta ini adalah fakta yang sah dan diangkat ke peringkat tertinggi Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan yang dipengerusikan Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri. “Saya telah disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi kerana mendedahkan dokumen yang sah ini,” katanya. MI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular