Saturday, August 4, 2012

Najib dah jadi macam cicak putus ekor

Tengok la apa dah jadi kepada Presiden Umno yang juga PM Malaysia Najib Razak kini. Sejak dua MP Umno-Bn di Sabah lompat keluar daripada BN Najib tak senang duduk.Makan tak lalu tidur tak lena mandi pun dah tak rasa basah.

Sabah dan Sarawak merupakan dua negeri dalam Malaysia yang dianggap sebagai simpanan tetap BN untuk terus jadikan Umno-BN terus berkuasa di Putrajaya. Kalau dua negeri ini tidak lagi menyumbang kepada kekayaan pemimpin Umno-BN maka tamatlah segala bongkak dan sombong mereka sejak 54 tahun yang lalu. 


Najib boleh cakap apa saja termasuklah kata Umno-BN tidak terjejas dengan melompatnya dua MP Umno-BN ini.Cakap ni hanya sekadar untuk pujuk diri sendiri saja tapi sebenarnya Najib kini amat gelabah dan jadi tak ketawan hala sebenarnya. Macam mana kalau semua MP BN di Sabah/Sarawak keluar daripada BN dalam masa sekarang? Jika ini berlaku maka dalam sekelip mata saja Najib akan tumbang sebab hilang kuasa sebelum berlakunya PRU 13. 


Najib dah jadi macam cicak putus ekor sebenarnya. Tak senang duduk tergedik-gedik 24 jam haha. 


Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang kata akan ada lagi kejutan di Sabah. Mampoih Umno-BN! Janji ditepati Najib dah makan diri. Sapa-sapa pon dah tak boleh nak tahan Najib daripada tumbang kalau MP Sabah/Sarawak tolak Najib. Rosmah pon tak boleh tolong .Bik Mama hanya boleh tolong perabih dan hidup bermewah saja.lain pada tu apa pon dia tak tau nak buat. - MISAI MERAH 


Najib ke Sabah ekoran MP BN berpaling tadah 


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau sendiri akan turun ke Sabah ekoran pembelotan dua anggota Parlimen BN, di mana beliau akan mengumumkan terma rujukan untuk suruhanjaya diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang haram negeri itu. 


Beliau juga menolak anggapan bahawa lebih ramai anggota parti komponen BN akan berpaling tadah, antaranya daripada Upko dan Parti Liberal Demokratik (LDP). "Setakat ini ia hanya desas desus, tetapi apa yang lebih penting sekarang, kedudukan kita tidak tercancam dan kita mampu menangani cabaran ini," katanya. 


Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, beliau berkata, BN akan mengambil langkah yang perlu untuk mengukuhkan Umno dan BN di negeri itu. RCI itu diumumkan pada 1 Jun lalu tetapi belum ada sebarang perincian dikemukakan setakat ini. 


Najib berkata beliau sudah bertemu beberapa pemimpin BN Sabah ekoran pembelotan sebelum ini tetapi akan sekali lagi turun pada pada Sabtu ini. Mk
"Kejutan ni adalah 'gempa bumi' buat BN kerana sokongan terhadap PR di Sabah semakin kukuh apabila pemimpin BN tinggalkan parti itu dalam masa terdekat,"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular