Wednesday, August 10, 2011

Keselamatan Negara, "PENIPUAN UMNO" dan "KEKALAHAN PAKATAN RAKYAT"


Eksklusif: Jika Lebih Setengah Juta PATI Didaftar Dalam Masa Sembilan Hari, Bermakna KDN Gagal Menjaga Keselamatan Dalam Negara Sebenarnya !

Sungguh mengejutkan apabila kerajaan hari ini mengumumkan bahawa sejumlah 530,625 Pendatang Asing Tanpa Izin(PATI) didaftarkan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah, bermula pada 1 Ogos sehingga semalam. 

Kenyataan tersebut telah dibuat oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Pendaftaran dan Imigresen Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Alwi Ibrahim. Beliau berkata pendaftaran Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin(Program 6P) telah dilaksanakan di 206 pejabat Imigresen di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah serta 1,934 kaunter pendaftaran yang dikendalikan 336 syarikat pengurus. 


Persoalannya sekarang, kenapa begitu ramai PATI boleh masuk ke Malaysia semudah itu?. Mana perginya pasukan imigeresen, polis marin serta lain-lain pihak berwajib yang sepatutnya mengawal keadaan ini?. Difahamkan ramai lagi akan berbuat demikian dalam masa terdekat. 


Jika ini berlaku mungkin PATI yang ada di Malaysia sekarang ini boleh mencecah satu juta orang. Itu belum termasuk mereka yang masuk dan bekerja di negara ini secara sahDari satu segi, memang kita melihat program 6P itu seolah-olah berjaya dilaksanakan. Namun, dari segi yang lain ia membuktikan tahap keselamatan dan kepercayaan rakyat terhadap pihak yang berkenaan semakin membimbangkan sebenarnya. 


Nampak sangat kawalan keselamatan negara begitu rapuh dan mudah untuk dibolosi. Jika ini keadaannya, apa akan terjadi jika kumpulan subversif atau penjenayah antarabangsa masuk ke negara ini?. Bukankah ia akan memudaratkan rakyat akhirnya.



Bayangkan, yang berada di Pusat Tahanan pun sudah ramai kemudian
dicampur dengan PATI yg bebas, bukankah ia cukup menakjubkan 
Senario ini membuktikan kerajaan telah gagal melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Malah difahamkan juga terdapat begitu ramai PATI mendiami kawasan tertentu dengan dijaga oleh penduduk tempatan termasuk anggota RELA sendiri


Walhal mereka sepatutnya menangkap PATI yang berkenaan untuk diserahkan kepada pihak berkuasa. Inilah yang berlaku di depan mata kita sekarang ini. 


Akhirnya bumi yang dipijak ini menjadi milik orang buat selama-lamanya. Paling mengejutkan ada PATI yang mendaftar itu mengaku sudah lebih sepuluh tahun berada di negara ini. Malah mereka boleh mempunyai rumah dan membawa semua ahli keluarga dari negara masing-masing masuk ke Malaysia. Bagaimanakah mereka begitu muda melakukannya. Mereka juga mengaku ada pihak yang "menjaga" dan "mengawal"keselamatan mereka di sini. Kenapakah ini berlaku?. Bolehkah mereka dipelihara jika tidak dengan izin pihak berkuasa itu sendiri sebenarnya.


[Bukankah ini juga menunjukkan kegagalan Kementeri Dalam Negeri (KDN) dalam menjaga keselamatan dalam negara kita. Itu belum lagi termasuk yang telah diberikan MyKad untuk membolehkan mereka mengundi dalam pilihanraya. Oleh itu, rakyat perlulah melakuan perubahan jika tidak mahu negeri ini dijajah dalam diam oleh orang asing. Apa yang berlaku di Pekan, Pahang harus dijadikan ikhtibar apabila beribu-ribu warga Kemboja dan Myanmar kini menjadi penduduk tetap (PR) di kawasan terbabit. 


Rakyat tempatan akhirnya terbiar di bumi sendiri. Semua ini disedari, namun siapakah yang boleh membantu mengatasi semua ini. Mahu diharapkan kepada agensi yang berkaitan nampaknya tidak ada tanda-tanda kejayaan dapat dilihat apabila terbukti dalam masa yang singkat lebih setengah juta PATI didaftarkan. Itu yang berdaftar, bagaimana pula dengan mereka yang masih bersembunyi. Semoga rakyat sedar dengan fanomena ini dan menginsafi atas segala apa yang berlaku. Masa untuk berubah sudah tiba]. - PDO


konfom Pakatan Rakyat akan hilang banyak kerusi Parlimen

SAMPAI KIAMAT PAKATAN RAKYAT KENA TIPU DENGAN UMNO!!
500,000 WARGA INDON , BURMA , VIETNAM AKAN MENGUNDI PRU 13.



Written by MB Warrior 
Syarikat kawan aku dapat lesen buat pemutihan PATI ni.



Katanya ini rezeki dia nak Raya , sasaran keuntungan syarikat insya-Allah cecah juta paling tidak pun ratus ribu. Dia ni dulu kontrektor UMNO dekat Selangor yang dah tak dapat projek sebab dah tukar kerajaan Pakatan Rakyat.



Takpe , itu kesah lain.
" Hujung minggu penuh indon , bangla , vietnam datang buat pemutihan ni... "
" komisyen kompeni aku dapat pun ok.. "



Aku tanya ;
" macam mana korang simpan database PATI ni ? direct access ke imigresen ? "
Kawan aku jawab ;
" bila budak data entry aku key-in PATI ni terus masuk database imigresen... "



Aku tanya ;
" Boleh kau kluakan database tu dekat aku ? "
Kawan aku jawab ;
" Oh ! Aku sendiri tak boleh access sebab ada orang imigresen yang akan datang dekat ofis aku masuk ke database imigresen untuk semak pendafaran..."



Aku tanya ;
" Sekarang kau cerita dekat aku macam mana UMNO nak menipu pasal pemutihan PATI ni.."


Kawan aku pun bercerita panjang lebar ;
UMNO target nak datar dalam 2 juta PATI.

Pertama sekali bagus la untuk collection pendapatan negara , cecah billion Kerajaan dapat.
Komisyen kompeni yang dapat lesen ni pun ok. Nak dekat 400 kompeni jugak dapat.
Sasaran kompeni aku ni banyak nak daftarkan indon , bangla , vietnam......

Aku tanya ;

Sebab apa ?



Mat indon , bangla , vietnam ni macam Melayu.
Kalau ko tak perati btol-btol memang kau tengok macam Melayu...
Kalau dari Filipina tu banyak yang tak reti cakap Melayu dia cakap English , so kompeni kitaorang ni tak digalakkan nak daftar diorang ni sangat.

Mana muka macam Melayu , boleh cakap Melayu , kalau agama Islam lagi bagus....

Aku buat-buat tanya ;
Sebab apa ?



Dia jawab ;
Ye lah , UMNO target nak dalam 300,000 ke 500,000 PATI ni nak masuk dalam daftar pemilih untuk mengundi PRU ni.

Kalau PATI ni diagih pada 222 kerusi Parlimen tu , silap hari bulan Selangor pun tombang... engkau pun bungkus la. kah kah kah



Aku jawab ;
Aku UMNO perintah ke , PKR perintah ke .. aku tetap tak boleh cari makan... kah kah kah jadi aku tak peduli sangat pun.



Dia cerita lagi ;
Sekarang ni , PATI ni semua akan aku register dengan kompeni aku.

Tangkap gambar.
Lepas tu masuk cap jari diorang dalam biometrik tu.
Kau tahu tak ambik sampai 10 cap jari ? kah kah kah

Memang mampos la korang.
Dia gelak...



Sampai 10 jari ? Aku tanya

Ye la.. bukan sekadar ibu jari , semua jari sampai jari kelingking pun kompeni aku ambek.. kah kah kah
Senang la esok malaon-malaon ni semua nak pegi mengundi 10 kali... kah kah kah .. dia gelak lagi.....



Dia terus bercerita ...
Aku punya baca la kan...
Aku punya kompeni jek dah daftar dalam 700 lebih PATI.
Yang konfom nya semua PATI ni dah pun sedang diatur untuk jadi pengundi dan dipecahkan ke kawasan Parlimen.

Data aku key-in ni masuk imigresen lepas tu verify di JPN ..

Dekat JPN ni yang diorang buat silap mata...

Yang korang pembangkang ni (Pakatan Rakyat ) dok sebok attack SPR buat apa ?
JPN tu yang buat semua keje-keje untuk UMNO ni.....
Dari JPN terus masuk la ke SPR.



Aku tanya ;
Jadi , apa yang kau boleh ramal untuk PRU 13 ni ?



Kawan aku jawab ;
Memang sah dan konfom la korang (Pakatan Rakyat ) akan hilang banyak kerusi Parlimen , macam mana korang nak track down ratus ribu PATI ni yang dah 40 % masuk dalam sistem JPN siap dengan database cap jari .

JPN terus hantar ke SPR.
Memang korang (Pakatan Rakyat) hopeless la...

Sekarang ni setiap hari data yang diproses memang rapid... traffic gila....
Tiap-tiap hari Mat Indon jadi warganegara Malaysia .. kah kah kah

UMNO target dalam 300 ribu ke atau 200 ribu PATI ni jadi pengundi boleh la nak menang setakat kerusi yang UMNO kalah seribu lebih undi tu ... kerusi yang UMNO kalah 5 ribu undi pun aku rasa UMNO boleh menang balik..........



Aku tanya ;
Jadi apa langkah baik untuk aku ?
Kawan aku termenung panjang ;
Kau masuk UMNO balik la.... kah kah kah kah

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular