Sunday, July 3, 2011

Tembelang Najib Pecah Lagi, Ugut Ambiga. 1Malaysia Hanya Retorik

Antara Petikan Ucapan Datuk Seri Najib Razak di Kelantan yg mengecam ketua Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan dan PAS kerana mengadakan perhimpunan 9 Julai ini.

“Kita tidak tahu siapa dia Ambiga. Dialah menggugat (kedudukan) Islam. Dan, di bawah dia ada Mat Sabu (Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu),”
kata Najib ketika berucap . 

Kenyataan beliau juga disiarkan oleh berita Radio Malaysia pada pukul 1 tengah pada hari berkenaan. 

Najib juga berkata Mohamad sanggup menjadi timbalan kepada Ambiga demi mendapatkan kuasa politik bagi PAS, yang memerintah Kelantan sejak 1990. 
Dalam pada itu Bernama Online memetik Najib berkata, kebanjiran lebih 20,000 penduduk Pasir Putih pada majlis perhimpunan Perdana Menteri Bersama Rakyat hari ini memberikan isyarat jelas bahawa rakyat menyokong Umno dan menentang perhimpunan 9 Julai ini.


Perdana Menteri berkata jika kehadiran rakyat yang menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) di negeri yang diperintah oleh PAS begitu tinggi, sudah tentu sokongan di negeri-negeri kalau sudah pasti lebih tinggi lagi.


“Ambiga jangan fikir kuat sangat. Kita tidak akan tunduk kepada Ambiga sama sekali, kita akan perjuangkan yang benar. Kita akan simpan kuku kita, katanya semasa berucap di Sekolah Kebangsaan Sri Aman di Kampung Tok Nik.

Najib menjelaskan bahawa
jika matlamat perhimpunan itu adalah untuk membetulkan sistem pilihan raya negara, kenapakah PAS boleh memerintah Kelantan selama 21 tahun.

Malahan, katanya, melalui pilihan raya umum 2008 lepas, pembangkang berjaya menguasai lima negeri di Semenanjung iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor.

Ulasan 

Ada beberapa perkara di dalam ucapan Najib itu yang perlu diberi perhatian:

1) Ugutan terhadap Ambiga.

“Ambiga jangan fikir kuat sangat. Kita tidak akan tunduk kepada Ambiga sama sekali, kita akan perjuangkan yang benar. Kita akan simpan kuku kita,” 

Najib menyimpan kukunya! Banyak persepsi di ayat itu. Apakah Najib sudah terlepas cakap bahawa beliau sebenarnya "kuku besi" yang akan mencengkam Ambiga pada bila-bila masa? Atau "kuku" itu bermaksud ISA yang akan dikenakan terhadap Ambiga, atau apa? Walau apa pun jawapannya, Najib sedang menyimpan "kukunya" itu. Bererti, 1Malaysia yang dijajakan sebelum ini hanyalah retorik. 

2) 20,000 hadir di Pasir Putih?

Katakanlah benar yang datang itu 20,000 tetapi kedatangan itu kedatangan yang dipaksa. Laporan sebelum ini di SINI yang menunjukkan Umno perangkap kakitangan awam hadir majlis Najib.

Dan Najib pula memerangkap mereka kononnya kesemua mereka tidak menyokong BERSIH 2.0. Kaedah yang serupa digunakan pada himpunan sejuta (sebenarnya cuma 5 ribu) belia. Diperalatkan mereka untuk pertahankan Putrajaya.

Katanya lagi:

jika kehadiran rakyat yang menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) di negeri yang diperintah oleh PAS begitu tinggi, sudah tentu sokongan di negeri-negeri kalau sudsah pasti lebih tinggi lagi

Kenapa tak buat di negeri lain? Nak tengok juga berapa ramai ahli UMNO yang turun? Apatah lagi jika tanpa bas percuma, nasi bungkus dan angpow?

Peserta BERSIH datang TANPA menerima sebarang imbuhan dari sesiapa malah datang dari kocek sendiri, dari hati nurani sendiri. Baju sekali dirampas, beli lagi, itu semangat yang ada untuk pastikan BERSIH tetap berlangsung walaupun UMNO membenci.

3) Najib berkata lagi:

jika matlamat perhimpunan itu adalah untuk membetulkan sistem pilihan raya negara, kenapakah PAS boleh memerintah Kelantan selama 21 tahun.

Malahan, katanya, melalui pilihan raya umum 2008 lepas, pembangkang berjaya menguasai lima negeri di Semenanjung iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor.


Kelantan cuba dirampas seperti mana UMNO BN merampas Terengganu, tetapi airmata TG Nik Aziz di hening subuh bersama rakyat Kelantan menyelamatkan Kelantan dari ditipu oleh SPR sehingga tipu daya itu tidak menjadi. Semua rakyat tahu hal itu.

Kedua, PR menang di lima negeri - jika SPR bersih telus dan adil, PR telah memerintah banyak negeri malah telah memerintah kerajaan pusat di Putrajaya.

Hakikatnya: Kemenangan UMNO/BN yang lepas adalah kemenangan yang rapuh - kemenangan pengundi hantu, pengundi pos dan pengundi FELDA yang termakan peras-ugut UMNO.

Najib mahu bicara apa lagi?
Banyak rahsianya bakal terbongkar lagi.
Itu doa kita kepada Ilahi.



Artikel penuh

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular