Wednesday, July 6, 2011

BERSIH hadapi halangan terbaru...


Himpunan Bersih: Pihak berkuasa kurang ikhlas, kata Ambiga


KUALA LUMPUR, 6 Julai — Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan menuduh pihak berkuasa memperlihatkan sikap “kurang ikhlas” kerana meminta gabungan itu memohon  permit bagi mengadakan perhimpunan di stadium, Sabtu ini.

Ambiga (gambar)berkata halangan terbaru menjelang perhimpunan Sabtu ini bagi menuntut satu sistem pilihan raya yang adil dan bebas tidak konsisten sama sekali dengan jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum bahawa Bersih 2.0 akan disediakan sebuah stadium, malah ia juga kehendak Yang di-Pertuan Agong.
“Mengapa anda minta kami memohon permit sedangkan perdana menteri sudah pun kata OK?
“Kami tidak faham,” kata beliau pada majlis Kelab Koresponden Asing di sini.
Petang tadi, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar mengingatkan Bersih 2.0 agar memohon mendapatkan permit bagi perhimpunan Sabtu ini sambil menegaskan, kegagalan berbuat demikian bermakna ia akan dianggap sebagai satu perhimpunan tidak sah.
Khalid berkata sehingga kini sekretariat Bersih 2.0 belum memaklumkan ataupun memberitahu pihak polis tentang rancangan perhimpunan mereka meskpin pentadbiran Najib bersedia untuk menyediakan stadium.
“Tiada panggilan daripada mereka, tiada maklumat,” kata beliau.
Semalam, sekretariat Bersih 2.0 membatalkan perhimpunan di jalanan sebaliknya sanggup menerima tawaran agar ia diadakan di stadium.
Apabila ditanya bahawa Bersih 2.0 sudah pun mendapat lampu hijau daripada kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium, Khalid berkata:
“... (Pengerusi Bersih 2.0) Datuk Ambiga, bekas presiden Majlis Peguam. Beliau harus tahu undang-undang.”
Bagaimanapun beliau memberi jaminan bahawa urusan memproses permohonan permit akan dipercepatkan dengan mengambil kira keadaan semasa. TMI


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular