Friday, July 8, 2011

Awas!!!! peserta BERSIH terdiri penyamar atau pengacau




Omardin dalam ucapan sambutan ulang tahun Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia baru-baru ini dilaporkan telah mengeluarkan kenyataan  untuk melancarkan  "perang" terhadap BERSIH. Majlis yang dirasmikan oleh PM itu menimbulkan tanda tanya kerana diadakan pada saat BERSIH mahu mengadakan perhimpunan. Ditambah pula ucapan pengasasnya yang mampu mencetuskan kejadian yang tidak diingini antara ahli pertubuhan itu dengan peserta BERSIH.

Ringkasnya, apa tujuan ahli itu masih berada di KL walaupun majlis sambutan itu sudah berakhir? Berdasarkan berita di atas, pertubuhan itu tidak mengarahkan ahlinya pulang walaupun esok merupakan hari perhimpunan BERSIH.

Saya suspeks dan saspens!

Selain itu, tidak mustahil ada dalam kalangan peserta BERSIH terdiri penyamar atau pengacau yang akan memburukkan imej BERSIH sekali gus akan memberikan ruang dan peluang kepada pihak polis untuk mengambil tindakan keras terhadap perhimpunan BERSIH esok.

Bagi yang membawa kamera atau perakam video, rakamlah aksi mereka sebagai bahan bukti untuk dikemukakan kepada pihak berkuasa!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular