
Presiden Persatuan Pengusaha Pengangkutan Lori Wilayah Utara, Datuk Yusoff Ismail berkata, kenaikan itu berkuat kuasa 1 Jun lepas, dan kadarnya bergantung kepada jarak perjalanan.
"Bagi perjalanan jarak jauh, kenaikkannya hanyalah 10 peratus, manakala bagi perjalanan jarak dekat, kenaikkannya adalah 15 peratus.
"Walaupun kita menaikkan sewa, tetapi ia masih lagi antara sewa terendah berbanding negeri-negeri lain,” katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, pihaknya tidak menaikkan sewa pada kadar terlalu tinggi kerana bimbang harga barangan lain turut meningkat sehingga menyusahkan rakyat. — Bernama
Sebelum ini blog ini ada menyiarkan artikel berkaitan "Pengusaha lori komersial dijangka menaikkan kadar upah sewa pengangkutan sebanyak 18 peratus ekoran pemansuhan diesel super subsidi oleh kerajaan." Rujuk [ SINI ]..
No comments:
Post a Comment