Monday, May 2, 2011

Video seks : ‘Usah campur hal Islam’, Mufti gesa Anwar sumpah balas +Video

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106Tian Chua patut faham masjid urusan JAWI: Mufti Perlis

KUALA LUMPUR: Masyarakat bukan Islam terutama ahli politik diingatkan tidak mencampuri urusan agama Islam dengan menimbulkan perkara yang boleh menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.


Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, berkata soal agama Islam dan juga masjid terletak di bawah kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta jabatan agama Islam negeri.


Katanya, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua perlu faham sensitiviti umat Islam dan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sewenang-wenangnya demi kepentingan politik.


“Tian Chua patut faham, masjid urusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI - bagi Kuala Lumpur) dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta jangan sentuh sensitiviti umat Islam,” katanya di sini, semalam.


Semalam satu laman portal berita milik PKR melaporkan Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu mendakwa walaupun bukan Islam, beliau tahu sumpah laknat yang dilafazkan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul, Jumaat lalu adalah salah.


Tian Chua turut menuduh sumpah laknat yang dilakukan Shazryl Eskay bersama dua lagi trio Datuk T iaitu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim sebagai mempermainkan agama Islam.

Bukan itu saja, Tian Chua juga mendakwa masjid berkenaan berada di dalam kawasan Parlimennya dan tindakan Datuk T melafazkan sumpah di masjid berkenaan sebagai menghinanya serta rakyat kawasan itu. 

Sementara itu bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut mencadangkan Anwar supaya bersumpah menafikan beliau bukanlah pelaku dalam video seks seperti didakwa.

“Saya tidak bersetuju Datuk T bersumpah kerana itu hanya mendedahkan keaiban orang lain. Namun, oleh kerana mereka sudah bersumpah dan menimbulkan buruk sangka kepada pihak yang dituduh, mengapa tidak Anwar bersumpah saja.

“Jika beliau (Anwar) tidak salah, apa yang hendak dirisaukan? Memang bukan satu paksaan atau kewajipan, tetapi dapat menghilangkan sangkaan,” katanya.

Komen Pembaca :


‘Usah campur hal Islam’

about an hour ago ·  ·  · 

  • 25 people like this.

    • Khuzainol Che Abdullah malu kite klo non moslem lebih fhm...
      about an hour ago ·  ·  1 person

    • Mas Maisarah sesuatu harus di lakukan utk elak salah faham atau kekeliruan...
      about an hour ago ·  ·  1 person

    • Anis Shafiqah memang wujud pun skarang ne yg n0n muslim lg fham islam dri org islam sndri.. Astagfirullahalazim.. Whai org2 islam, tgkatkan la ilmu agama kta agar mudah kta brdkwah untk prbnyaklan umat islam d dunia ini..
      about an hour ago ·  ·  1 person

    • Mohamad Amirudin non muslim faham islam lebih dr org islam? leh jd mufti la si tian chua nie..
      about an hour ago ·  ·  1 person

Video seks: Mufti gesa Anwar sumpah balas

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah balas bagi menafikan tuduhan bahawa beliau merupakan pelaku dalam video seks seperti didakwa Datuk T.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106"Saya amat setuju Anwar segera besumpah untuk nafikan tuduhn kotor kepada beliau, walaupun pilihan di tangan beliau sendiri," kata Dr Juanda (kiri).

Setelah mencabar Anwar bermubahalah, semalam Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul.

Beliau ditemani bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Shuib Lazim. 

Anwar seperti dijangka tidak hadir sama dalam upacara itu.

Dalam pesanan SMS daripada Mekah, Dr Juanda yang juga mufti termuda di Malaysia berkata, cadangannya itu dibuat kerana mahukan "kes yang memalukan umat Islam" itu selesai segera.

Mahkamah syariah kena proaktifBagaimanapun, menurut Dr Juanda lagi, tidak perlu bersumpah laknat dan memadai bagi Anwar dengan menyebut: "Wallahi tuduhan itu palsu!" 

Mengulas sumpah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah semalam, Dr Juanda berpendapat perkara itu tidak patut dilakukan.

NONE"Kaedah hukum Islam dalam kes jenayah, pendakwa kena bawa bukti tuduhan. 

"Yang kena dakwa, kena bersumpah kalau dia nafikan tuduhan. Datuk Eskay tidak patut bersumpah," katanya.

Dr Juanda juga berkata, mahkamah syariah wajib proaktif dengan memutuskan hal itu segera untuk metutup aib umat Islam. 

"Bukan (mereka) jadi penonton saja. Semua pihak kena jaga imej Islam terutama mereka yang perjuangkan Islam," katanya yang kini menghadiri program bersama mufti di seluruh dunia atas undan kerajaan Arab Saudi.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular