Tuesday, May 3, 2011

Apakah OSAMA Pengganas?? : Kematian Osama Diharap Bawa Keamanan Sejagat

Hishammuddin Hussein
KLUANG 3 Mei – Kematian pemimpin kumpulan pengganas al-Qaeda, Osama bin Laden dalam satu operasi di Islamabad, Pakistan hari ini diharap akan membawa sinar keamanan dan keharmonian kepada dunia sejagat.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagaimanapun turut memberi amaran, perjuangan kumpulan yang terlibat dalam beberapa serangan pengganas di seluruh dunia itu tidak terhad kepada seorang individu sahaja sebaliknya melibatkan gerakan yang besar.
“Saya sudah meminta laporan penuh daripada pihak perisikan mengenai hal ini bagi mengetahui kesahihan perkara ini, bagaimanapun laporan awal yang diterima masih belum dapat mengesahkan kejadian berkenaan.

Jika benar perkara itu berlaku, saya harap ia akan menjurus kepada keselamatan dan keamanan sejagat yang merupakan tanggungjawab bersama,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sembrong di Taman Sri Lambak di sini, Ahad.
Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir di sini, hari ini.
Hari ini media antarabangsa melaporkan, pemimpin al-Qaeda kelahiran Arab Saudi yang hidup dalam persembunyian itu dilaporkan terbunuh dalam satu operasi khas tentera Amerika Syarikat (AS) di Pakistan dan jenazahnya kini berada dalam simpanan AS, umum Presiden Barack Obama hari ini.
Hishammuddin yang juga Naib Presiden dan Ketua UMNO Bahagian Sembrong berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi pelbagai unit khasnya sentiasa bekerja keras bagi memastikan rakyat negara ini bebas daripada segala ancaman kumpulan militan.
“Tidak ramai yang tahu pelbagai perkara dilakukan oleh PDRM bagi memastikan keselamatan rakyat di negara ini terjamin dan membolehkan mereka tidur dengan lena pada waktu malam.
“Saya ingin tekankan di sini, PDRM, unit risikan dan segala unit khas yang ada di dalam negara ini sentiasa memantau segala pergerakan militan yang wujud secara dekat bagi memastikan keselamatan rakyat,” katanya.
Beliau berkata, baru-baru ini Malaysia telah menandatangani perjanjian keselamatan dengan Arab Saudi dan Australia berhubung isu keganasan dan imigresen. Umno OnLine


Najib Setuju Islam Pengganas?, originally uploaded by Atendent.


kenapa pemimpin2 kerajaan puji amerika? 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular