Thursday, May 19, 2011

Tokoh veteran PAS Ustaz Kassim Ahmad kembali ke rahmatullah

WarkahDaily, 19 Mei - Tokoh veteran yang juga pengerusi Kelab Veteran PAS Terengganu, Ustaz Kassim Ahmad telah kembali ke rahmatullah hari ini di rumahnya di Kuala Nerus kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Pemergian allahyarham suatu kehilangan sebutir permata seorang tokoh pejuang Islam dan cukup terasa buat PAS Terengganu yang kehilangan seorang yang begitu komited dengan perjuangan dan perkembangan PAS di bumi Terengganu dan Malaysia amnya.


Diberitakan, allahyarham meninggal dunia selepas menderita akibat penyakit angin ahmar.


Pimpinan PAS Kemaman menziarahi almarhum Ustaz Kassim ketika terlantar di hospital. | foto Leftenan Adnan Awang

Solat jenazah allahyarham dilaporkan akan diadakan selepas solat Asar (hari ini) di Masjid Taqwa, Batu Enam, Kuala Nerus.



Allahyarham ketika hayatnya pernah menyandang Pengerusi Tetap Dewan Ulamak PAS Pusat. Beliau juga pernah diamanahkan mengetuai PAS kawasan Marang, Terengganu apabila diberi tanggungjawab memegang jawatan Yang di Pertua PAS kawasan.



Penulis WarkahDaily juga ingin mengucapkan takziah buat keluarga si mati dan bacaan Al-Fatihah buat jenazah allahyarham, semoga rohnya ditempatkan bersama para syuhada, solihiin dan anbiya`, Insya Allah...Amin Ya Rabb.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular