Wednesday, May 18, 2011

Ahmad Maslan syor Anwar saman Eskay

NONE
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan hari ini mengemukakan lima cadangan untuk menghentikan kekeliruan orang ramai berhubung isu video seks didakwa melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Cadangan itu termasuklah mengesyorkan Anwar supaya memanggil pakar dari luar negara untuk mengesahkan video seks didakwa melibatkan ketua umum PKR itu tidak tulen.


"Video itu telah disahkan (tulen) oleh pakar dari Amerika Syarikat dan Korea (Selatan). Saya kira polis sudah buat apa disebut sebagai semakan. Apabila Korea sudah buat diikuti Amerika, mereka sudah menyemak sekali lagi dan mengesahkan video itu tulen," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Ahmad juga mencadangkan supaya Anwar menyaman ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah jika benar pendedahan itu ialah fitnah selain bersumpah laknat menafikan beliau terlibat dalam skandal video seks berkenaan.

alleged four full sex videos on youtube 290411 18
Beliau juga meminta polis supaya segera mendedahkan identiti pelaku dalam video seks itu dan mendakwa pelakunya di mahkamah untuk menamatkan pelbagai spekulasi serta mencadangkan penubuhan suruhanjaya diraja.

Polis sebelum ini enggan mendedahkan identiti pelaku dalam video seks itu meskipun pakar dari Korea Selatan serta Amerika Syarikat mengesahkan bahawa video tersebut tulen dan bukan menggunakan teknik pertindihan.

anwar sodomy trial 160511 supporter distributing nasi lemak utusan"Kesemua cadangan itu dibuat untuk menghentikan kekeliruan orang ramai dan juga menghentikan tuduhan-tuduhan bahawa Umno di belakang ini dan hentikan kita ini fitnah dan hentikan Utusan Malaysia akhbar fitnah.

"Kalau satu cadangan ini pun tidak dibuat, ia akan mengganggu pemikiran masyarakat. Kita nak tahu siapa yang benar. Dalam kepala rakyat nak tahu siapa yang benar. Saya sendiri ingin tahu apa perkara sebenar," katanya.

Mengulas rancangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk berhimpun di hadapan pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur Jumaat ini bagi membantah laporan akhbar itu yang didakwa tidak memihak kepada parti pembangkang, beliau berkata pihak berkenaan tidak memahami kebebasan akhbar.

"Ini (demonstrasi) kerja orang pengecut. Utusan Malaysia mempunyai tanggung jawab untuk melaporkan pandangan mereka mengenai apa (jua) isu yang berada dalam pemikiran masyarakat pada hari ini. Manakala akhbar lain juga ada pendekatan masing-masing," katanya.

MK 

respon :


Hanisah Halim ·  Top Commenter · UITM
Soal saman menyaman nie, Anwar dah brkali saman kepada mereka yg tlh m'gaibkan beliau, nampak apa hasilnya? Mahkamah Tolak Saman-saman Anwar. Sudah jelas dan nyata Undang2 Msia ada ''remote control.''.

  • Kamarudin Rahmat ·  Top Commenter
    Kalau Saman Anwar di tolak cakap aa remot control, kalau diterima kata betul. Jadi apa yg Anwar buat semuanya betul

  • Juara Johan ·  Top Commenter
    Ya Allah bukakanlah hati saudara ku Hanisah ini...

  • Hanisah Halim ·  Top Commenter · UITM
    Juara Johan: Terima kasih doakan saya, Semoga pintu hati semua pengikut UMNO juga dibuka untuk bersama PAKATAN RAKYAT. Amiin.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular