Thursday, May 19, 2011

Firma AS labur hingga AS$6 bilion di M'sia

NONE
AS$5 bilion dan US$6 bilion di Malaysia dalam masa dua hingga tiga tahun akan datang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 


Beliau berkata pelaburan berkenaan akan melibatkan sektor elektronik lanjutan, tenaga yang boleh diperbahrui, minyak dan gas, teknologi maklumat dan komunikasi, penjagaan kesihatan, farmaseutikal serta perkhidmatan.


Malah, beliau berkata Motorola, yang telah beroperasi di Malaysia sejak 37 tahun lepas dengan 7,000 pekerja, akan melabur kira-kira RM4 bilion bagi menubuhkan Pusat Kecemerlangan Global di kilangnya di Pulau Pinang bagi menyediakan sokongan perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh Asia Pasifik.

"Ini merupakan satu pencapaian besar...mereka berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan kerajaan Persekutuan. Mereka kini terlibat dalam sistem teknikal untuk Polis Diraja Malaysia," kata beliau kepada wartawan Malaysia hari ini pada hari kedua lawatan kerja beliau ke New York.

Najib akan melawat Johns Hopkins University di Washington pada Khamis.

Najib berpuas hati dengan sambutan dan komitmen yang ditunjukkan oleh beberapa ketua industri dan pengurus dana, yang menghadiri "Invest Malaysia New York 2011" yang berlangsung selama dua hari ini di New York, untuk melabur di Malaysia.

NONE
Perdana Menteri yang sebelum itu mengadakan perbincangan meja bulat dan makan tengah hari bersama Dewan Perniagaan AS, berkata beberapa syarikat teknologi tinggi juga membayangkan yang mereka merancang untuk melabur kira-kira RM1 bilion, terutamanya di Cyberjaya, yang bakal mewujudkan 2,000 pekerjaan berkemahiran tinggi.

"Saya tidak boleh menyatakan syarikat mana kerana mereka perlu mendapatkan kelulusan daripada lembaga pengarah mereka dan badan kawal atur, di Malaysia dan di sini. Tetapi pelaburan berkenaan pasti berlaku," kata Najib, yang gembira pelaburan melibatkan industri teknologi tinggi serta berasaskan pengetahuan dan bukan sektor berintensifkan buruh. 

Syarikat-syarikat AS telah melabur kira-kira US$40 bilion dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan Malaysia dan AS merupakan negara rakan dagang keempat terbesar negara dengan jumlah perdagangan sebanyak RM117.32 bilion (US$36.43 bilion).

"Saya berharap agensi kita akan memberi kelulusan yang sewajarnya secepat mungkin. Mereka (pelabur) telah memilih Malaysia... saya mendapat maklum balas bahawa ada di antara mereka mengalami tekanan untuk melabur di negara-negara lain dan jika kita lambat, kita akan kehilangan mereka," kata beliau.

azlanYang lainnya menyatakan pandangan bahawa isu perjanjian air dengan kerajaan negeri Selangor perlu diselesaikan, kata Najib, yang juga Menteri Kewangan.

Semasa ditanya mengenai kesan pelaburan yang bakal diterima terhadap Malaysia, Najib berkata ia akan membawa kepada pendapatan lebih tinggi di kalangan rakyat.

Beliau berkata negara tidak boleh mencapai status negara maju tanpa pertumbuhan tahunan purata sebanyak enam peratus.

"Jika kita tidak mempunyai teknologi baru, kita tidak boleh bersaing dengan negara-negara lain. Kita perlu mewujudkan pekerjaan kerana kita mempunyai kira-kira 20 institusi pengajian tinggi awam serta institusi swasta. Pelajar juga ke luar negara dan tidak semua boleh mendapat pekerjaan dengan kerajaan," tambah beliau.

Mengenai sebab yang dinyatakan oleh bakal pelabur yang berminat terhadap Malaysia, Najib berkata kestabilan politik dan kesinambungan dalam dasar kerajaan, serta Model Baru Ekonomi merupakan faktor tarikan.

Beliau berkata lebih 230,000 warga Amerika melawat Malaysia tahun lepas manakala 1,500 keluarga menyertai Program Rumah Kedua Malaysia.

Najib, yang menghadiri majlis yang dihoskan oleh Steve Forbes pada Rabu berkata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Forbes itu memberitahu beliau bahawa Persidangan Global Forbes melibatkan ketua pegawai ekseutif dari luar negara, akan diadakan di Malaysia pada September ini.

Perdana Menteri juga mengadakan pertemuan berasingan dengan Gene Delaney, Naib Presiden Eksekutif Motorola, Vikram Pandit, Ketua Pegawai Eksekutif CitiGroup, Frank Kem, Naib Presiden Kanan dan Rakan Kongsi Pengarah Urusan IBM serta Jeff Hayman, Presdent/CEO AIG Consumer.

Beliau juga menyaksikan pemeteraian tiga memorandum persefahaman (MoU).

MoU itu antara General Electric dan AirAsia X, Universiti Putra Malaysia dan University of Maryland serta Kementerian Kesihatan dan University of Maryland.

--MK


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular