Wednesday, May 18, 2011

Gempar: Ketua Pemuda MIC Perak letak jawatan


MIC Perak hari ini menerima berita mengejutkan apabila Ketua Pergerakan Pemuda parti itu, K. Muraalie melepaskan jawatan yang disandangnya sejak September 2009 lalu.

Menurut Muraalie, keputusan itu dibuat serta-merta selepas dikatakan wujudnya salah faham dalam jawatankuasa pergerakan itu di peringkat negeri.
Tambah beliau, surat perletakkan jawatannya dalam parti itu telah pun disiapkan dan akan diserahkan kepada Presiden MIC, Datuk G. Palanivel esok.

Muraalie memberitahu sebelum ini beliau ada membuat perjumpaan bersama Pengerusi MIC negeri, Datuk S. Veerasingam dan Ketua Pemuda parti itu, T. Mohan bagi membincangkan beberapa perkara.
Bagaimanapun, katanya, keputusan untuk melepaskan jawatan berkenaan diambil selepas perjumpaan itu.
“Selepas perjumpaan dengan kedua-dua mereka ( Datuk S.Veerasingam dan T. Mohan) Sabtu lepas, saya membuat keputusan untuk melepaskan jawatan
ini.

“ Walaubagaimanapun saya akan tetap menjaga nama baik parti dan memberi sokongan kepada Ketua Pemuda negeri baru yang bakal menggantikan tempat saya.
“Saya harap dengan keputusan yang saya ambil ini ia dapat memberi laluan kepada calon lain yang lebih berkelayakan memimpin sayap parti di masa depan,”  katanya kepada PerakToday hari ini.
Tambah Muraalie lagi, keputusan melepaskan jawatan itu juga dibuat demi kebaikan parti.
Sebelum ini, wujud khabar angin yang menyatakan 18 Ketua Pemuda MIC Bahagian di negeri itu menghantar memorandum kepada Veerasingam dan Mohan.
Dikatakan memorandum itu bertujuan untuk melaporkan “sesuatu” dan meminta Ketua Pemuda MIC Perak ditukar.
Bagaimanapun, Muraalie tidak akan melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pemuda
MIC Bahagian Pasir Salak dan Exco Pemuda MIC.

Sementara itu Veerasingam ketika dihubungi berkata parti itu menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Muraalie.
“Peletakan jawatan oleh Muraalie itu adalah bagi mewujudkan suasana kerja yang lebih baik di dalam parti,” katanya.
Dari Blog : peraktoday 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular