Tuesday, August 13, 2013

Adakah ini permainan untuk hidupkan balik ISA?

Jenayah Makin Berleluasa !
Segera Laksanakan Syariat Islam di negara tercinta ini.
Rakyat perlu bangkit mendesak. Jangan tunggu Malaysia jadi seperti Mexico atau Bandar Koboi.
________________

Janda cedera ditembak di stesen minyak di Kuantan
2013/08/13 - 10:47:45 AM Cetak Emel Kawan
Kuantan: Seorang janda beranak empat cedera selepas ditembak seorang lelaki dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Jalan Haji Ahmad, di sini, kira-kira jam 3 pagi tadi.

Ketika kejadian mangsa berada di dalam kereta Toyota Alphard dan bernasib baik hanya cedera ringan terkena serpihan kaca.

____________

Pemilik restoran Nasi Kukus Paka dekat sini, dijumpai meninggal dunia dengan kesan tikaman berhampiran premis tersebut kira-kira jam 7.00 pagi tadi.

Mayat beliau dijumpai di kawasan tempat letak kereta di hadapan restoran miliknya oleh seorang pekerja kedai berdekatan dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah.

Adun Paka, Ustaz Satiful Bahari Mamat berkata, allahyarham yang dikenali sebagai Lutfi, biasa menunaikan solat Subuh berjamaah di Surau Dar as-Salam.

“Kena tikam masa nak gi sembahyang Subuh. Biasa dia solat Subuh berjamaah di Surau Dar as-Salam, tauke Kedai Nasi Kukus Paka, ada empat cawangan kedai termasuk di Mydin Kuala Terengganu, dua buah di Paka dan satu di Mesra Mall,” ujarnya dipetik Buletin Online ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu hadir ke lokasi sebaik diberitahu meminta keluarga allahyarham Lutfi yang berasal dari Kampung Pulau Rusa Kuala Terengganu, bersabar menerima ujian dari Allah itu.
Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular