Polis kurang antara punca kes jenayah meningkat - Zahid...!!!
Kekurangan jumlah anggota polis selain dari aset dan peralatan yang tidak mencukupi antara punca peningkatan jenayah berat yang tidak terkawal dinegara ini demikian menurut Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi.
Memetik dalam wawancara bersama Menteri itu dari akhbar Utusan hari ini , Zahid berkata sejak kerajaan memansuhkan Akta Ordinan EO dan Akta Kediaman Terhad masih belum ada sebarang langkah yang dilakukan bagi menampung kekurangan yang dihadapi polis.
"Pertamanya ialah dari segi kecanggihan aset dan peralatan PDRM yang harus diselaraskan apabila EO dan Akta Kediaman Terhad tidak ada. Jumlah anggota polis dan aset mesti ditambah, tetapi ia belum dapat dilaksanakan," kata Zahid seperti yang dipetik dalam Utusan.
Tambah beliau selain dari faktor kekurangan peralatan dan jumlah anggota polis yang terhad kebanyakkan kes jenayah berlaku adalah disebabkan penjenayah yang dulu ditahan di Penjara Simpang Renggam kembali membalas dendam berikutan penghapusan EO.
Malah katanya kebanyakkan penjenayah yang dilepaskan dari tahanan mempunyai pengikut tegar kerana mengikut perangkaan Polis Diraja Malaysia PDRM daripada 2,600 orang yang dilepaskan mereka ini mempunyai sekurang-kurangnya 10 orang kanan.
Katanya peningkatan jumlah orang kanan hingga mewujudkan kumpulan penjenayah yang bebas dalam masyarakat menjelaskan situasi jenayah yang semakin meruncing terutama membabitkan senjata api.
"Daripada 2,600 orang yang dilepaskan, mereka mempunyai sekurang-kurangnya 10 orang kanan ertinya, telah ada 26,000 bersama dengan masyarakat. Orang kanan ini juga mempunyai orang kanan mereka sekurang-kurangnya 10," Zahid berkata.
Dalam masa yang sama Zahid turut membidas sikap tidak bertanggungjawab pembangkang yang hanya tahu meletakkan kesalahan kembali kepada pihak berkuasa setelah kerajaan mengikut permintaan mereka memansuhkan akta EO.
"Mereka tidak akan berasa bersalah jika ada yang terbunuh kerana penjenayah yang dibebaskan mahu membalas dendam kepada saksi, pembangkang juga tidak berasa sedikit terusik jika ada sebarang kelemahan pelaksanaan undang-undang kerana beranggapan ia tanggungjawab kerajaan,"
"Dalam keadaan ini, jangan terperangkap dengan taktik pembangkang, seolah-olah cadangan itu baik tetapi akhirnya cadangan tersebut memerangkap kerajaan sendiri." kata beliau.
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
No comments:
Post a Comment