Tuesday, August 13, 2013

Panas!! "Dalam seratus perkataan di dalam siaran medianya hanya tiga perkataan yang boleh dipercayai, yakni Abdullah Ahmad Badawi...." kah kah kah - Dari Blogger UMNO

Lawak Pak Lah yang memang tak ble blah..kah kah
"Dalam seratus perkataan di dalam siaran medianya hanya tiga perkataan yang boleh dipercayai, yakni Abdullah Ahmad Badawi...." - Jas Salleh
KAH KAH KAH

Ayat lawak giler diatas aku petik dari artikel sahabat blogger Jas Salleh aka Semaremas dalam artikelnya bertajuk 150,000 Ahli UMNO Lebih Digeruni dan DiTakuti Oleh Kepimpinan DAP-PKR-PAS Berbanding Pemimpin UMNO. Inilah ayat paling terbaik yang pernah dikeluarkan oleh seorang individu untuk menggambarkan keperibadian susuk tubuh yang bernama Abdullah Ahmad Badawi.Sejak sekian lama aku tercari cari akan satu ayat paling UMMPPH dan paling POWER untuk menggambarkan Pak Lah,dan akhirnya sahabat Jas Salleh menemukan aku dengan ayat itu.Bravo Bro.Jas gua salute lu...

Tak cukup dengan lawak Jas Salleh kena lagi Paklah dengan kenyataan sinis SUA Perkasa Syed Hassan Syed Ali saperti dalam artikel sahabat Jiwa Paradox bertajuk PERKASA BETULKAN CAKAP PAK LAH! sebab yang hanya betul dalam kenyataan media Paklah hanyalah...Abdullah Ahmad Badawi...kah kah kah,

Blogger A Voice aka Salahuddin siap nyanyi Lagu Hindustan Nahi Nahi Nahi dalam menyanggah penafian Paklah dalam artikelnya No denial of vengence towards Dr Mahathir dari beberapa siri artikel untuk isu yang sama sejak beberapa hari lalu.

Manakala blogger BigDog terus palam Paklah ketanah dengan artikelnya Admission of Guilt yang juga salah satu dari beberapa siri artikel berhubung isu buku Awakening.Nampaknya Paklah telah tersilap menjolok "Sarang Tebuan Bloghouse" bila mereka nampaknya melakukan serangan bertali arus dan synchronise dalam mendedahkan penafian bengong Paklah.

Taiko Bloghouse Rocky Bru nampak subtle dalam menulis isu yang sama tapi itu memang style Dato Ahiruddin simple tapi tetap menyengat.Artikel terbarunya Abdullah says he didn't say he would launch book dah cukup sinis kepada yang faham mesej yang nak disampaikannya.Sifu aku The Unspinners pun tak kurang juga sengatnya menulis Awakening ditunda, Macam-macam penafian... Boleh percaya ke?Aku anggap The Unspinners ini sebagai SIFU sebab blog inilah yang mula mula sekali memberi pautan kepada blog APA sewaktu aku mula terjun dalam dunia blogging...Terima kasih Sifu.

Tapi Syed Akbar Ali aka OutSyedTheBox melihat isu Awakening ini di LUAR KOTAK dari apa yang diperdebatkan ramai pihak bila artikelnya bertajuk Nurul Izzah Ketua Wanita UMNO 2016? mula merungkai simpulan dari detik Paklah membebaskan Anwar dari penjara dan kegelojohan Khairy jadi posmen tukang serah passport dan apa kaitannya dengan KEKALUTAN POLITIK UMNO yang berlaku hari ini.Satu pandangan yang jauh dan diluar kotak yang pada aku jangan diremehkan sama sekali...kerana kelak...(sendiri cari jawapan untuk habiskan ayat aku itu).

Sebenarnya ramai lagi bloggers yang membalun Paklah dalam isu buku Awakening tajaan Agen Singapork ini.. Klik SINI

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular