PAS mengecam keras tindakan ganas dan kejam oleh tentera Mesir ke atas para penyokong Presiden pilihan rakyat Dr Mohamed Morsi.
Tindakan ganas yang telah mengorbankan lebih 400 syuhada dengan tembakan peluru hidup adalah tindakan bersifat kebinatangan.
PAS mengesa seluruh badan antarabangsa khususnya negara-negara umat Islam tanpil membantah keras tindakan tidak berperikemanusiaan ini.
Malaysia juga digesa mengutuk tindakan ini secepat mungkin. Sehubungan itu, PAS mengesa kerajaan menutup kedutaan Mesir di Malaysia dan menghantar pulang dutanya sebagai satu reaksi segera bantahan negara dengan tragedi ini. Malaysia perlu menghantar mesej jelas kepada pemimpin rampasan kuasa tentera, Abdul Fattah As Sisi dan Menteri Dalam Negeri, Muhammad Ibrahim bahawa mereka wajib bertanggungjawab sepenuhnya ke atas mana-mana darah yang menitis hari ini di Mesir.
Tindakan menyerang dari segenap penjuru serta tembakan peluru hidup yang berterusan lebih tujuh jam membuktikan pihak tamarud yang diketuai oleh As Sisi dan Muhammad Ibrahim amat tidak berperikemanusiaan.
Mana-mana negara yang mendiamkan diri daripada mengutuk tindakan kebinatangan ini adalah tindakan tidak bertanggungjawab terhadap insiden keganasan terlampau di Mesir.
PAS mengesa seluruh markaz, masjid, surau dan madrasah melakukan solat hajat dan qunut nazilah pada malam ini mendoakan agar musibah yang menimpa saudara kita di Mesir dapat dihentikan segera dan pembunuh dan perampas kuasa tentera dihancurkan oleh Allah.
Laknat Allah ke atas mereka yang zalim dan kejam ini.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
14 Ogos 2013
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
No comments:
Post a Comment