Thursday, August 15, 2013

Laa .. Ingatkan pemuda UMNO kutuk isu kekejaman terlampau As Sisi di Mesir

Pemuda Umno kutuk kenyataan Pengerusi DAP Sarawak
KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno Malaysia hari ini mengutuk tindakan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen yang menuduh bahawa insiden tembak-menembak di negara baru-baru ini sebagai sandiwara Barisan Nasional (BN).

Dalam satu kenyataan di Borneo Post semalam, beliau telah mendakwa jenayah yang berleluasa di negara ini diada-adakan oleh BN bagi mengembalikan beberapa akta yang telah dan sedang dimansuhkan.

“Tohmahan serta tuduhan itu jelas merupakan satu bentuk hasutan yang serius, keterlaluan dan bertujuan mempengaruhi rakyat bagi membenci BN selaku kerajaan yang dipilih secara sah pada pilihan raya umum lalu,” kata Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau. kenyataan Chong mencerminkan tahap pemikirannya yang cetek dan keanak-anakan bagi memperjuangkan politik disifatkannya sebagai politik kebencian yang diamalkan pembangkang selama ini.

“Atas rasa tanggungjawab serta cintakan keamanan negara, kesejahteraan rakyat dan prinsip memperjuangkan amalan politik matang, Pergerakan Pemuda Umno Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan 'politik kotor' Chong dan berharap ia membuka mata rakyat tentang kualiti pemikiran dan perjuangan politik para pemimpin pembangkang,” katanya.

Pemuda Umno turut membuat laporan di Balai Polis Indera Mahkota, Pahang ke atas Chong hari ini supaya satu tindakan undang-undang dapat dilaksanakan ke atasnya.

Chong, dalam satu kenyataan di Borneo Post telah mendakwa bahawa BN sengaja membenarkan kadar jenayah di negara meningkat supaya mereka dapat menguatkan alasan untuk memperkenalkan semula undang-undang pencegahan yang telah dimansuhkan.

Dakwanya lagi, sikap acuh tidak acuh pihak polis terhadap kadar jenayah seolah memberikan sebab kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi untuk memperkenalkan semula akta seperti Ordinan Darurat bagi ‘menindas pembangkang’.

Kenyataan Chong itu juga menimbulkan kemarahan pemimpin BN termasuk Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang menyifatkan kenyataan itu sebagai ‘tidak bertanggungjawab dan sangat mengarut’, serta bertujuan untuk mencari publisiti murahan.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/pemuda-umno-kutuk-kenyataan-pengerusi-dap-sarawak-20311?cp

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular