Thursday, August 15, 2013

Raba'ah kena serang...Lebih 500 syuhada'.. Rakyat Mesir dibakar dan dibunuh!.. otak terkeluar dari tengkorak +Gambar & Video

Terkini di Mesir 3pm:
Lebih 2500 - Syahid.
Lebih 3000 - Ditangkap.
Lebih 10000 - Cedera.

Lebih 200 - Jurugambar dibunuh.
Dataran Raba'ah - Dikosongkan tentera.
Hospital Lapangan Raba'ah - Ditutup tentera.
Hospital Lapangan Nahdhah - Dibakar tentera.
Doktor2 bertugas - Ditangkap tentera.


Laporan ustaz live dari mesir:
- Hospital Lapangan di Nahdzah di bakar sepenuhnya hasil di serang oleh helikopter polis
- Bekalan letrik diputuskan drp hospital lapangan di rabaah dan drp semua saluran TV yg beroperasi disekitar Rabaah

- Serangan yahudi di Gaza selama seminggu( yg terakhir) korbannya 189 syahed tetapi dalam tempoh 2 jam sahaja, Sisi dah bunuh hampir 500 syahed
- Pentas Rabaah pasang lagu labbaik skrg. Jentolak terus robohkan khemah2
- Helikopter gugurkan gas beracun kpd Rabaah
- Sekarang diorang sedang nasyid laibbaik2
- Ana dapat dengar bunyi tembakan drp rumah ana skrg.
- Tv dah tiada live
- Rab'ah kena serang sekarang ni,bau pemedih mata sampai rmh kami

Tolong doakan kemenangan Islam. Doa agar IM dan umat yang perjuangkan Islam terus tsabat.
Kita di sini kalut ribut dengan raya, pemimpin melayu sibuk dengan rumah terbuka. Tengok umat islam di mesir pada masa sekarang.
Apa perasaan kita?

Firaun Mesir As Sisi mengganas!! Rakyat Mesir dibakar dan dibunuh!
Menurut sunber tak rasmi, hampir 2000 telah syuhada, dan hampir 10ribu cedera.


Doktor di sana kehairanan peluru apa yg digunakan anjing2 As Sisi sehingga otak terkeluar dari tengkorak tanpa "rosak"

Tentera dan polis Mesir menggempur mereka yang berpiket di Rabaah melalui darat dan udara. Khemah-khemah dibakar dengan menggunakan helikopter menyebabkan kanak-kanak dalam khemah terbakar atau cedera.

Setakat ini, jam 3.00 ptg, lebih 500 terbunuh dan beribu-ribu orang cedera. Laluan ke hospital untuk menghantar mereka yang cedera juga disekat.

Di Muhafazah Almania, orang ramai mengepung semua balai-balai polis. Kebangkitan seluruh rakyat Mesir berlaku selepas mengetahui tentang pembunuhan beramai-ramai di Rabaah dan Nahdhah.

Bersama kita doakan saudara kita di Mesir agar kemenangan memihak kepada Islam. Menangnya Islam di Mesir akan membawa kemenangan besar Islam di seluruh dunia dan seterusnya membawa keadilan sejagat.

Hasbunallahu wanikmal wakil...

450 terbunuh, 10,000 penyokong Morsi cedera
Lebih 450 penyokong bekas Presiden Mohamad Morsi terkorban sehingga kini manakala lebih 10,000 cedera apabila tentera dan polis Mesir menyerbu tempat perhimpunan mereka di Dataran Rabaah Adawiyah.

Selain menggunakan jentolak dan kenderaan berat yang lain, tentera memasuki kawasan perhimpunan dengan dibantu helikopter yang menembak dari udara.

Bunyi tembakan terus bergema di kawasan ini ketika ambulan tidak dibenarkan masuk untuk membawa keluar mereka yang tercedera.

Akibat daripada itu, penyokong Morsi mengisytiharkan mogok awam dan menutup pejabat awam tempat mereka bekerja di seluruh negara bergolak itu.

Wisma negeri di Aswan dan Arish sehingga kini tidak beroperasi.

Orang ramai juga mula berkumpul di masjid di seluruh Kaherah termasuk di Masjid Asad Al-Furat di Dokki, Masjid Istiqomah di Giza, Masjid Fath di Ramsis dan Masjid Nour di Abbasiyah.

Mereka dijangka akan berarak ke tempat kejadian bagi membuat bantahan dan bakal menghasilkan kematian yang semakin banyak.

Siaran TV secara langsung dari Dataran Rabaah juga dihentikan manakala penembak tepat dikatakan menembak pihak yang mengambil gambar dari helikopter mereka. MalaysianInsider

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular